Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Artis keturunan Asia tembusi pasaran jagat

Sindiran penggubah kacukan Ireland-Jepun pancing pendengar

Membina nama dan kerjaya dalam pasaran muzik Barat dan di peringkat antarabangsa tidak semudah mana buat dua penyanyi dan penggubah lagu muda berketurunan Asia ini. Meskipun mereka dilahirkan di Amerika Syarikat, masih terdapat pengalaman dibeza-bezakan kerana warna kulit yang mereka hadapi.Namun, mereka tetap tidak mudah berputus asa dalam perjuangan seni mereka. BERITA HARIAN melaporkan.
Dec 08, 2021 | 05:30 AM



JIWA penyanyi dan penggubah lagu kacukan Ireland dan Jepun, Conan Gray, mudah tersentuh dengan peristiwa yang berlaku dalam hidupnya.



Dalam video Draw My Life, secara terperinci, Gray, kini 23 tahun, menceritakan tentang pengalamannya mengharungi hidup setelah ibu bapanya berpisah pada usianya tiga tahun.



Berpindah-randah 12 kali kerana bapanya seorang tentera sudah menjadi perkara biasa. Dibuli di sekolah juga sebahagian asam garam hidupnya.



Menjadi minoriti pelajar dengan keturunan separuh Asia juga menjadikannya unik membesar di Amerika Syarikat.



Bermula sebagai pengisi kandungan blog video atau 'vlog', Gray rajin menghasilkan lagu 'cover' di YouTube sewaktu remaja.



Selepas dilamar syarikat rakaman Republic Records pada 2018, di mana beliau menghasilkan album EP, Sunset Season disusuli dengan album Kid Krow, beliau dianggap artis baru Amerika yang terbesar kini.



Antara lagunya yang terkenal adalah Maniac dan Heather.



Gray pernah berpindah ke Hiroshima, Jepun, selama dua tahun ketika datuknya sakit.



Mereka kemudian kembali ke California dengan Gray akur rindu berbual dalam bahasa Jepun secara fasih seperti dahulu.



Baru-baru ini, beliau menghasilkan lagu putus cinta berunsur sindiran bertajuk Telepath.



Satu sidang media serantau yang turut disertai Berita Harian diadakan label rakaman Universal Music menerusi Zoom bagi memperkenalkan lagu tersebut di Asia Tenggara.



Soalan (S): Ceritakan mengenai 'Telepath'.



Gray: Saya menghasilkan lagu ini sebagai berkongsi pengalaman peribadi saya bercinta dengan seseorang yang payah membuat keputusan. Isunya adalah dirinya bukan saya.



Kalau anda tersepit dalam hubungan toksik sebegini, dengar nasihat saya. Anda tidak layak menerima cinta daripada seseorang yang menganggap anda pilihan kedua.



Cari seseorang yang dapat membuat keputusan dengan segera dan tidak membiarkan anda terkapai-kapai.



Saya buang masa empat tahun mengejar seseorang yang tidak menghargai cinta saya. Lebih baik tinggalkan sahaja orang seperti ini.



S: Apakah yang anda pentingkan apabila menghasilkan lagu? Nampaknya anda memilih penerbit yang benar-benar hebat.



Gray: Saya sebenarnya suka bereksperimen dan jenis yang akan teruja mencuba sesuatu yang baru.



Saya tahu arah tuju saya dalam muzik dan dapat tentukan bunyian yang saya inginkan pada lagu saya.



Saya suka bekerjasama dengan karyawan muzik lain.



Setiap daripada kita mempunyai rahsia hitam yang kita pendam dan melalui muzik, kita boleh luahkan segalanya.



Namun, yang penting pastikan anda dalam 'mood' seronok apabila menjana karya baru.



Pastikan anda jujur dengan emosi anda dan luahan rasa anda. Pendengar tahu kalau anda berbohong dengan mereka.



S: Penyanyi legenda, Elton John, adalah peminat anda. Bagaimana perasaan anda?



Gray: Saya rasa persis dalam mimpi. Beliau adalah penghibur dan penggubah lagu legenda.



Kadangkala macam tak percaya bagaimana beliau sukakan karya anak muda seperti saya yang masih banyak ingin dipelajari.



S: Apakah album terakhir yang anda dengar?



Gray: Album terkini Adele, 30. Kerana Adele, saya jadi seorang penggubah lagu dan penulis lirik.



Beliau sumber inspirasi terbesar saya. Sebab Adele menulis dari hati dan menyampaikannya secara ikhlas.



S: Apakah detik paling penting dalam kerjaya seni anda?



Gray: Ketika saya dapat menghasilkan album saya, itulah detik di mana saya rasa segala idea dapat direalisasikan.



Saya berharap saya dapat hasilkan lagu-lagu yang boleh dikaitkan dalam kehidupan orang lain.



Saya rasa cukup merendah hati apabila ada yang kata lagu saya membuatkan mereka terkenang sesuatu peristiwa penting dalam hidup mereka.



Kadangkala, saya menghasilkan lagu berbaur sindiran.



Mungkin itu yang buat orang tertarik mendengarnya.



S: Muzik adalah satu cara ramai artis membebaskan diri mereka daripada belenggu kehidupan. Apa pandangan dan pengalaman anda mengenai perkara ini?



Gray: Saya memang suka menjadikan peristiwa tidak romantik atau pengalaman cinta yang perit sebagai sesuatu yang seronok dilalui.



Takkan apabila kita putus cinta, kita nak hasilkan lagu yang penuh dengan negativiti dan kata-kata tidak indah.



Saya selalu memilih untuk gunakan susunan kata yang indah dan berbunga bagi merakamkan rasa putus asa atau bingit bercinta.



Itulah yang sering saya lakukan bagi melepasbebaskan diri saya daripada belenggu kenangan silam yang mendukacitakan.




"Ketika saya dapat menghasilkan album saya, itulah detik di mana saya rasa segala idea dapat direalisasikan. Saya berharap saya dapat hasilkan lagu-lagu yang boleh dikaitkan dalam kehidupan orang lain. Saya rasa cukup merendah hati apabila ada yang kata lagu saya membuatkan mereka terkenang sesuatu peristiwa penting dalam hidup mereka.

Kadangkala, saya menghasilkan lagu berbaur sindiran. Mungkin itu yang buat orang tertarik mendengarnya."

- Penyanyi dan penggubah lagu kacukan Ireland dan Jepun, Conan Gray.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >