KUALA LUMPUR: Penantian lebih sedekad penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Sri Siti Nurhaliza, bagi menggendong cahaya mata pertama berakhir dengan lahirnya bayi perempuan, pagi semalam.
Menurut satu kenyataan rasmi dari pengurusnya, Rozi Abdul Razak, yang dimuatnaikkan ke Instagram, Siti, 39 tahun, melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram secara pembedahan sekitar 8.17 pagi.