Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim Insentif Bantuan Pekerjaan bagi galak ambil pekerja setempat dilanjut

Sep 25, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan melanjutkan satu skim yang bertujuan mendorong syarikat mengambil lebih ramai pekerja setempat dengan memberi subsidi bagi gaji mereka bagi enam bulan lagi hingga Mac tahun depan.



Mengumumkan demikian semalam, Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng berkata skim Insentif Bantuan Pekerjaan (JGI) itu telah menyokong pengambilan hampir 400,000 pekerja setempat oleh 58,000 perusahaan sejak JGI diperkenal pada September tahun lalu hingga Mei lalu.



Ini satu peningkatan sebanyak 128,000 pekerja setempat berbanding 272,000 pekerja setempat yang diambil bekerja dengan disokong JGI sepanjang enam bulan pertama skim tersebut dilaksana.



Sebelum ini, pemerintah mengumumkan untuk melanjutkan JGI hingga hujung bulan ini untuk menyokong lebih ramai majikan semasa Belanjawan tahun ini.



Kini, tempoh kelayakan bagi fasa JGI seterusnya akan berlangsung dari bulan depan hingga Mac tahun depan untuk membantu pemulihan di tengah-tengah pasaran pekerja yang semakin meningkat dan untuk menyokong majikan memperluas usaha pengambilan pekerja setempat mereka.



Namun, tahap sokongan yang ditawarkan akan berkurangan sejajar dengan keadaan yang semakin baik.



Mulai Oktober, majikan yang layak akan menerima sokongan gaji sebanyak 15 peratus daripada $5,000 pertama, tidak melebihi $4,500 bagi setiap pekerja yang diambil, hingga enam bulan, bagi pekerja berusia bawah 40 tahun.



Bagi pekerja berusia 40 tahun dan ke atas, golongan kurang upaya (PWD) dan bekas pesalah, sokongan gaji yang akan diterima ialah sebanyak 50 peratus daripada $6,000 pertama, tidak melebihi $36,000 bagi setiap pekerja yang diambil, hingga 12 bulan.



Selepas berkunjung ke syarikat yang khusus menghasilkan produk penjagaan mata, Alcon Singapore, semalam, Dr Tan memberitahu media bahawa perjalanan pemulihan pada masa akan datang dijangka terus tidak setara.



Makanya, JGI yang akan dilanjutkan selama enam bulan lagi juga bertujuan menyokong pencari kerja setempat.



Namun beliau menekankan bahawa JGI merupakan langkah luar biasa dan bukan skim tetap.



"Oleh itu, saya ingin menggalak majikan yang mempunyai rancangan perkembangan untuk mempercepat... pengambilan pekerja setempat dalam tempoh kelayakan Oktober 2021 hingga Mac 2022," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >