Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

INISIATIF PENDIGITAL UNTUK SME

Skim 'Start Digital' dipertingkat, disertai huraian bagi bantu SME dapatkan pelanggan baru

Jan 27, 2021 | 05:30 AM



LEBIH banyak bantuan akan diberikan kepada syarikat kecil dan sederhana (SME) yang ingin mendigitalkan perniagaan mereka.



Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan Enterprise Singapore (ESG) akan mempertingkatkan inisiatif Start Digital untuk menyertakan huraian baru bagi membolehkan SME bekerjasama dengan pihak luar dan dalam, serta mendapatkan pelanggan baru.



Dilancarkan pada Januari 2019, Start Digital adalah inisiatif di bawah Program SMEs Go Digital.



Ia menyediakan SME yang baru dibentuk atau mereka yang belum lagi mendigitalkan perniagaan mereka dengan asas dan huraian digital yang mudah, untuk memulakan perjalanan pendigitalan mereka.



Menurut kenyataan bersama IMDA dan ESG semalam, lebih 30,000 SME telah memanfaatkan huraian atau dipanggil Pek Start Digital, bagi tempoh 2019 hingga 2020.



Jumlah ini adalah seganda berbanding tahun sebelumnya.



Huraian-huraian tersebut ditawarkan oleh enam rakan kerjasama iaitu DBS, M1, Maybank, OCBC, Singtel dan UOB.



Jelas kenyataan tersebut, antara kategori huraian baru ditawarkan adalah 'Kerjasama Digital' - yang membolehkan pekerja bekerja dari rumah atau mana-mana lokasi, misalnya huraian Microsoft 365 dan Google Workspace.



Selain itu, ialah 'Pemasaran Digital' yang menawarkan alat untuk SME mereka iklan media sosial dan menguruskan pembelian iklan digital di bawah satu wadah.



Satu lagi kategori baru ialah 'Urus Niaga Digital' yang menyediakan huraian berkait dengan InvoiceNow, yang ditawarkan oleh rakan kerjasama bank dan bersepadu dengan e-pembayaran termasuk PayNow Corporate.



Ini bagi membolehkan SME untuk menjana dan menerima e-invois menerusi InvoiceNow dan menerima serta membuat e-pembayaran dengan lancar.



"Huraian ini akan membantu SME membaiki ketepatan urus niaga dan produktiviti pentadbiran.



"Kededua e-invois dan e-pembayaran adalah sebahagian daripada alat digital yang dilaksanakan IMDA sebagai prasarana asas dalam ekonomi digital," ujar kenyataan tersebut.



Untuk layak bagi inisiatif itu, perniagaan perlu memegang sekurang-kurangnya 30 peratus saham setempat.



Mereka juga perlu mempunyai pendapatan tahunan tidak melebihi $100 juta atau menggajikan kurang 200 pekerja dan tidak pernah menggunakan huraian di bawah inisiatif tersebut.



Tambah kenyataan itu, SME boleh mendaftar menerusi keenam-enam rakan kerjasama Start Digital.



Mereka boleh memilih dua daripada huraian ditawarkan dengan tempoh kontrak sekurang-kurangnya 18 bulan dan menerima sekurang-kurangnya enam bulan pengecualian yuran.



Setelah itu, mereka membayar huraian berdasarkan kadar dan terma kontrak yang dikenakan oleh syarikat kerjasama tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >