Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

UNDANG-UNDANG & ANDA: BERSAMA

SME dan majikan: Pandang ke hadapan ke norma baru

Dec 27, 2020 | 05:30 AM



DENGAN pengumuman Singapura akan memasuki Fasa 3, para peniaga menjadi lebih optimis mengenai prospek ekonomi Singapura.



Sekatan yang dilonggarkan terhadap perhimpunan dan pergerakan orang berkemungkinan akan terus meningkatkan keyakinan perniagaan buat dua suku berturut-turut.



Syarikat kecil dan sederhana (SME) masih menanggung beban dari satu tahun yang sulit.



SME adalah bahagian penting ekonomi Singapura, menyumbang kira-kira 99.5 peratus daripada perusahaan dan 70 peratus tenaga kerja.



Di persimpangan jalan ini, sangat penting bagi SME pertimbangkan sama ada mereka perlu mengekalkan, mengurangkan, membayar dan melatih pekerja mereka di masa hadapan.



Lebih-lebih lagi, dalam tahun yang bergelora ini, ia turut menjejaskan kesihatan mental pekerja yang harus ditangani majikan.



Tidak bayar gaji pekerja pada jumlah sepatutnya



Kos kakitangan biasanya merangkumi sebahagian besar kos operasi syarikat.



Dalam iklim ekonomi hari ini, syarikat sering menghadapi isu aliran tunai dan kesukaran memenuhi kos operasi yang lain seperti sewa.



Ada yang cuba mengurangkan kos kakitangan dan membuat bayaran gaji lebih rendah kepada pekerja mereka.



Ini dapat dilihat dalam beberapa kes baru-baru ini yang menunjukkan kontrak pekerja tidak dipatuhi majikan dan majikan boleh dihukum akibat kesalahan itu.



Satu kaedah yang digunakan ialah memberi gaji pekerja sepenuhnya dan kemudian menyuruh pekerja membayar sebahagian gaji balik kepada majikan.



Ini memberi gambaran seolah-olah pekerja mendapat gaji penuh.



Cara penipuan ini dapat didedahkan dalam siasatan oleh pihak berkuasa.



Majikan tidak boleh mengurangkan gaji pekerja sesuka hati mereka.



Hanya potongan gaji yang sah dibenarkan seperti apabila pekerja tidak hadir dari kerja, atau merosakkan atau menghilangkan aset syarikat.



Potongan gaji yang lain memerlukan keizinan pekerja.



Potongan yang tidak sah merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pekerjaan. Jika didapati bersalah, majikan boleh dikenakan denda daripada $5,000 hingga $10,000 dan penjara sehingga 12 bulan bagi kesalahan kali pertama.



Oleh itu, sejauh mana percubaan majikan untuk mengurangkan gaji pekerja melalui pendekatan 'kreatif', ia amat tidak digalakkan.



Pemberhentian kerja yang samar



Kaedah lain yang digunakan syarikat bagi mengurangkan kos pekerja termasuk menyamar pengangguran sebagai pemberhentian kerja yang tetap. Dengan cara ini, syarikat tidak perlu membayar pampasan pengangguran pekerja.



Beberapa majikan cuba memberhentikan pekerja dengan sebab prestasi pekerja tidak memuaskan walaupun ia merupakan pemberhentian pekerja.



Satu pemberhentian pekerja berlaku apabila pekerjaan dibatalkan disebabkan terlalu ramai pekerja atau majikan menyusun-semula syarikat.



Nasihat Tiga Pihak bagi Menguruskan Lebihan Pekerja dan Pemberhentian Pekerja Yang Bertanggungjawab menjelaskan bahawa pampasan pemberhentian pekerja adalah sebanyak dua minggu hingga sebulan gaji bagi setiap tahun perkhidmatan.



Ini bergantung kepada kedudukan kewangan majikan dan amalan industri ketika itu.



Kegagalan membayar pampasan pemberhentian pekerja boleh menyebabkan majikan dihukum, termasuk pergantungan hak istimewa pas pekerja syarikat.



Pekerja boleh membuat tuntuan terhadap majikan kerana diberhentikan tanpa sebab.



Majikan harus membincangkan dengan pekerja jumlah pampasan yang harus dibayar.



Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) yang dilanjutkan



Kesukaran SME dalam membayar pekerja mereka akan dapat diimbangi dengan JSS disediakan pemerintah.



Bayaran terbaru dibuat Oktober lalu, dan pembayaran akan juga dilakukan pada Mac 2021 dan Jun 2021.



Dari September 2020 hingga Mac 2021, 10 hingga 50 peratus daripada gaji bulanan kasar pertama sebanyak $4,600 yang dibayar kepada setiap pekerja setempat, akan dibiayai pemerintah.



Peratusan itu bergantung kepada sektor industri SME.



Selepas bulan ini, sokongan gaji untuk sektor-sektor ini akan dihentikan sama sekali.



Walaupun ia sedikit lebih rendah daripada 25 hingga 75 peratus yang dibayar sebelum Ogos 2020, pemulihan ekonomi Singapura yang dijangkakan akan mengurangkan tekanan terhadap SME.



JSS akan tetap memberikan sedikit sokongan kepada SME di masa hadapan.



Melatih pekerja untuk masa depan



Seiring dengan kemajuan pemulihan ekonomi secara umum, SME akan juga bersiap sedia untuk masa hadapan.



Norma baru berikutan pandemik Covid-19 mungkin menyebabkan gelombang pendigitalan yang menuntut kemahiran baru daripada pekerja seperti teknologi dan kecelikan digital.



Oleh itu, SME mungkin ingin mengisi jurang digital ini dengan melatih dan meningkatkan pekerjanya. Satu saluran adalah Grab Merchant Academy, program latihan dalam talian yang mendidik pekerja dalam pengurusan kedai dalam talian, mengoptimumkan menu dan pemasaran dalam talian.



Geran lain bagi latihan dan peningkatan kakitangan juga disediakan. Sebagai contoh, Salesforce dan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) menawarkan geran tunai $8,000 kepada SME yang layak.



Geran ini juga boleh digunakan untuk sewa dan kos operasi bagi membayar gaji kakitangan.



SME mesti berdaftar di Singapura, mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus pegangan saham tempatan, pendapatan tahunan sebanyak $150,000 hingga $2 juta, dan mempunyai antara lima dengan 50 pekerja.



Oleh kerana Covid-19 telah mewujudkan gelombang pendigitalan, SME mungkin mempertimbangkan untuk melabur dan meningkatkan pekerja, operasi dan pengetahuan mereka dan menjadi lebih kukuh daripada wabak tersebut.



Aturan kerja yang fleksibel



Mempunyai aturan kerja yang fleksibel menjadi semakin penting bagi pekerja.



Bekerja dari rumah dalam tempoh pemutus rantaian jangkitan telah menunjukkan keberkesanan aturan ini untuk beberapa syarikat. Ini lebih-lebih lagi untuk mereka yang lebih muda dan pekerja baru.



Tinjauan Wira Pekerjaan mendapati bahawa 62 peratus pekerja peringkat kemasukan menyatakan keadaan kerja yang lebih baik dan aturan kerja yang fleksibel sebagai pendorong utama bagi berpindah pekerjaan.



Walaupun sekatan bekerja di pejabat dilonggarkan, aturan kerja yang fleksibel akan kekal dalam masa terdekat. Ini terutama gelombang pendigitalan akan terus menjejas SME, yang hanya akan menjadi lebih mendalam apabila ekonomi Singapura pulih.



Beberapa syarikat merancang untuk membenarkan pekerja bekerja di rumah selama beberapa hari dalam seminggu, dengan pejabat menjadi tempat pertemuan dan bukannya tempat untuk individu bekerja.



Dalam jangka panjang, aturan kerja yang fleksibel memerlukan perubahan struktur di pihak SME.



Ruang pejabat boleh dikecilkan atau diubah semula - dengan aturan hotdesking menjadi lebih biasa.



Sistem teknologi maklumat (IT) mungkin perlu ditingkat selain menyepadukan kerja jarak jauh.



Menjaga kesihatan mental pekerja



Antara pemotongan gaji, bekerja dari rumah dan ketidakpastian pekerjaan, pandemik Covid-19 menjejaskan kesihatan mental pekerja. Sebanyak 36 peratus pekerja Singapura tidak berpuas hati mengenai pekerjaan mereka kerana kekurangan sokongan kesihatan mental.



Di luar kesan Covid-19, wabak ini juga telah menunjukkan kekurangan langkah kesihatan mental yang mencukupi.



Melangkah ke hadapan, sedang kesihatan mental pekerja menjadi satu isu yang semakin berleluasa, SME harus mempertimbangkan isu ini dengan lebih mendalam.



Dalam hal ini, Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef) dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) telah sama-sama mengeluarkan nasihat kesihatan mental di tempat kerja.



Ia mengusulkan beberapa saranan bagi meningkatkan sokongan bagi kesihatan mental pekerja.



SME juga digalak melaksanakan beberapa langkah seperti melantik 'juara' kesihatan mental bagi meningkatkan kesedaran pekerja melalui bengkel dan ceramah.



SME juga boleh menggalak pekerja turut serta dalam program pemerintah.



Misalnya, Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) mempunyai program kesihatan mental seperti Pakej Capaian Kesihatan Di Tempat Kerja (WOW) dan Program Majlis Keselamatan dan Kesihatan.



Pekerja boleh mengakses khidmat kaunseling melalui Program Bantuan Pekerja. Pekerja boleh bercakap dengan karyawan kesihatan mental.



Dari perspektif SME, banyak kerja yang diperlukan adalah menerapkan budaya serta tugas-tugas yang tidak ketara. Contohnya, ketua pasukan dan pengurus harus memupuk persekitaran yang selamat agar pekerja dapat bersuara mengenai masalah kesihatan mental mereka, dan melihat gejala-gejala itu.



Oleh yang demikian, peranan pengurusan pertengahan semakin merangkumi aspek pekerjaan yang tidak ketara, yang memerlukan perubahan dalam pemikiran dan latihan dan persediaan yang mencukupi.



Pada akhirnya, pengurusan atasan SME harus menetapkan nada mengenai masalah kesihatan mental dengan jelas.



Walaupun dasar memang disarankan, apa yang lebih baik ialah sokongan organisasi.



Kesimpulan



Pemulihan ekonomi Singapura akan meredakan sebahagian beban SME. Namun, kesukaran jangka pendek akan kekal. Pandemik Covid-19 telah menyebabkan dan mewujudkan banyak isu dalam kalangan pekerja.



Antara aturan kerja yang fleksibel, imbangan bekerja dan kehidupan peribadi serta risiko kesihatan mental, apa yang perlu ialah perubahan budaya yang diperlukan bagi SME kekal di hadapan dalam norma baru.




ADA PERTANYAAN MENGENAI UNDANG-UNDANG?



Anda boleh menghantar e-mel kepada Norhaiza Hashim di norhaiza@sph.com.sg bagi mengajukan soalan anda.




  • Nota: Penulis ialah rakan kongsi firma guaman Reed Smith LLP. Komentar ini adalah pandangan peribadinya dan tidak mencerminkan pandangan firma itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >