Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SPH cadang pindahkan kumpulan media ke entiti baru

May 07, 2021 | 05:30 AM



KUMPULAN media Singapore Press Holdings Ltd (SPH) bercadang memindahkan perniagaan media ke sebuah entiti bukan keuntungan yang baru.



Langkah itu akan membolehkan perniagaan media itu terus menumpukan terhadap pelaburan dalam bidang kewartawanan yang bermutu dan membangunkan keupayaan digital.



Ini akan membantu SPH terus memainkan fungsi penting dalam menyediakan berita dan maklumat bermutu dan dipercayai kepada awam terutama dalam masyarakat berbilang bangsa, kata pengerusi SPH, Dr Lee Boon Yang.



Di bawah penyusunan semula itu, kesemua perniagaan berkaitan media di SPH termasuk anak syarikat yang relevan, pekerja, bangunan News Centre dan Print Centre serta aset teknologi maklumat (IT) akan dipindahkan ke anak syarikat milik penuh syarikat itu, SPH Media Holdings Pte Ltd, menurut SPH kepada Bursa Singapura (SGX) semalam.



SPH, yang menerbitkan akhbar termasuk Berita Harian (BH), The Straits Times (ST), Lianhe Zaobao dan Tamil Murasu, berkata perniagaan media telah menghadapi pendapatan pengiklanan yang merosot yang dijangka tidak akan pulih selepas Covid-19.



"Ia amat jelas bahawa untuk menjadi sebahagian dari syarikat awam disenaraikan di bursa saham tidak lagi wajar bagi SPH Media. Model pembiayaan baru diperlukan SPH Media untuk kekal kedudukannya dari segi kewangan dan mempunyai fungsi yang utuh dalam jangka panjang,'' kata Dr Lee dalam sidang akhbar semalam.



Perubahan itu bermakna perniagaan media tidak perlu memenuhi jangkaan pemegang saham dari segi keuntungan dan memberikan dividen yang tetap.



SPH akan menyediakan sumber awal dan pembiayaan dalam SPH Media dengan suntikan tunai sebanyak $80 juta, $30 juta saham SPH dan unit SPH Reit serta perkongsian SPH dalam empat pelaburan media digital.



SPH Media itu kemudian akan dipindahkan ke entiti bukan keuntungan yang akan menjadi syarikat awam berhad yang dijamin atau public company limited by guarantee (CLG).



Dana awal dari SPH itu dijangka membantu SPH Media meneruskan operasi seperti biasa selama tiga hingga empat tahun tetapi ia tidak mempunyai rancangan memberi suntikan dana tambahan selepas itu, kata Dr Lee.



Struktur bukan keuntungan ini membolehkan SPH Media mendapat pembiayaan dari sumber awam dan privet yang mempunyai kepentingan yang dikongsi bagi menyokong kewartawanan yang bermutu dan maklumat yang dipercayai,'' jelas Dr Lee, sambil menambah ia juga boleh meliputi sokongan kewangan tambahan dari pemerintah.



Beliau menekankan DNA SPH Media dalam memberikan berita yang bertanggungjawab, tepat dan boleh dipercayai akan terus kekal.



Menjawab pertanyaan seorang wartawan mengenai integriti media, Ketua Eksekutif SPH, Encik Ng Yat Chung, berkata SPH menerima pendapatan iklan dari pelbagai sumber.



Tetapi, ia tidak pernah 'menunduk kepada keperluan pengiklan dalam menjalankan tugas' mereka, tegasnya.



LAPORAN LANJUT: Pindah media ke entiti baru 'langkah terbaik, paling wajar' : SPH




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >