Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Suami isteri seronok rasa, ulas makanan halal

Nov 16, 2020 | 05:30 AM



SEBUT sahaja Mr. Tersmell, warganet yang gemar menjejak makanan halal di Singapura akan mengenali blogger makanan ini.



Cef dan pengasas rangkaian kafe Eighteen Chefs, Encik Benny Se Teo, malah memanggil Mr. Tersmell yang nama sebenarnya, Encik Junadi Juri (Hady Jay), 58 tahun, Seetoh Makansutra (Versi Muslim).



Encik KF Seetoh adalah wartawan foto dan usahawan terkenal yang membuka Makansutra sebagai syarikat yang meraikan dan menggalakkan budaya makanan dan projek kulinari.



Bagi Cef Benny, Encik Junadi berjaya mempromosikan dan membantu lebih 500 kedai F&B halal melalui ulasan makanannya di pelbagai wadah media sosial termasuk rancangan dalam talian Dasyat Giler.



Sebagaimana kata Encik Junadi yang turut mengendalikan kios makanan Mr. Tersmell 'Our Kee-Osk' @ Paradiso by Hao Mart di 200 Turf Club Road @ The Grandstand:



"Cef Benny menyarankan agar saya mendapatkan penjual makanan halal terbaik dan bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) bagi mengenalkan sajian halal di Singapura dan merata dunia."



Namun, apa yang menggembirakan adalah kerja mengulas sajian halal tidak dibuat sendiri.



Beliau ditemani isterinya, Cik Fauziah Abu Hassan, 42 tahun.



"Saya mulakan blog makanan halal sekitar 10 tahun lalu. Saya terlibat dalam industri penganjuran acara dan mengembara ke merata dunia untuk bertemu klien.



"Saya akan mengunjungi kedai kopi dan pusat makanan. Saya dapati gerai halal ini menyajikan makanan lazat. Sayangnya, tidak ramai pelanggan.



"Saya merakam foto kedai dan makanannya. Kemudian saya memuatnaikkannya di wadah berbilang media senyap-senyap tanpa pengetahuan pemilik kedai.



"Beberapa hari kemudian, saya datang ke kedai itu lagi. Alhamdulillah, sudah ramai yang melanggani kedai itu," ceritanya yang telah mengembara ke lebih 44 negara dan pernah memasak buat majlis kahwin dengan 1,000 tetamu.



Sepanjang wabak Covid-19, Encik Junadi dimaklumkan peniaga tentang keperitan bisnes yang teruk terjejas kerana pandemik itu.



"Namun dalam hal gerai Al Maideen Prata Corner di pusat makanan Geylang Bahru, rezeki buat mereka datang selepas warganet membaca ulasan saya.



"Kata pemilik gerai, ada yang bertanya Mr. Tersmell makan apa di situ?" kongsinya.



Beliau juga terharu apabila ulasannya membantu kedai Makan Chapter di 1076 Serangoon Road meningkatkan perniagaan.



"Pemilik gerai CKT 786 Char Kway Teow di Pusat Makanan Bukit Merah pula sempat mengusik saya agar jangan muat naik sebarang pos dalam kunjungan saya selanjutnya kerana selepas reviu makanan itu, macam nak tercabut tangannya dek ramai pelanggan!" jelas Encik Junadi.



Dalam pada itu, merakam video bagi ulasan makanan kadangkala menimbulkan kejadian lucu juga.



"Mulut comot sampai isteri perlu lapkan, nak terkucil dan isteri kacau daun bawa makanan di depan kamera sedang saya berbual adalah antara kenangan mencuit hati," katanya.



Bagi Encik Junadi, tugas sebagai blogger makanan merapatkan hubungannya dengan isteri kerana mereka sama-sama belajar menyusun jadual serta menguji kreativiti penyampaian dan kandungan video yang mampu memancing penonton.



"Seronok tengok isteri lebih yakin dan gembira jalan-jalan cari makan," tambahnya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >