Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AL-IMTAQ INTERNATIONAL & SERVICES

Sukarelawan bantu warga emas derma secara tunai

Apr 30, 2021 | 05:30 AM



TIDAK ingin terlepas untuk berkhidmat kepada masyarakat, Encik Abu Bakar Haji Abdul Rahim memerah keringat dengan menjadi sukarelawan di Al-Imtaq International & Services.



Prihatin dengan isu kebajikan masyarakat, beliau berkata:



"Walaupun saya tidak dapat ke luar negara untuk menyampaikan bantuan, saya melunaskan tanggungjawab sebagai sukarelawan di sini dengan membantu menyiapkan barang agihan dan sumbangan daripada jemaah Singapura.



"Saya akan mengumpulkan sumbangan berbentuk sumbangan wang tunai, Al-Quran dan sebagainya.



"Secara umumnya, masyarakat Islam Singapura sudah sedia maklum dengan berita dan aktiviti yang dijalankan Al-Imtaq International & Services."



Sebagai contoh, di kalangan masyarakat yang mengetahui tentang mangsa-mangsa banjir di Indonesia segera menghubungi Al-Imtaq untuk menderma secara dalam talian.



"Ramai golongan yang kurang bernasib baik dan mereka akan memerlukan pertolongan daripada masyarakat.



"Kita boleh membantu untuk menderma kepada anak-anak yatim dan mendirikan surau yang bermanfaat untuk pelaksanaan ibadah.



"Selain itu, mangsa-mangsa banjir di Indonesia juga memerlukan ubat-ubatan, makanan asas, keperluan peralatan sekolah dan sebagainya."



Namun, kata Encik Abu Bakar, untuk menderma dalam talian menjadi sedikit bebanan kepada golongan warga emas seperti pemindahan bank atau PayNow.



"Mereka lebih suka memilih cara yang lebih tradisional iaitu melalui pemberian tunai.



" Selaku sukarelawan Al-Imtaq, saya bertanggungjawab untuk pergi ke rumah mereka dan mengutip derma tersebut.



"Hampir enam tahun bersama dengan Al-Imtaq, saya sangat berbesar hati untuk menjadi sukarelawan di sini kerana ia dianggap sebagai satu amal jariah untuk saya membantu dan memudahkan urusan orang lain,'' ujar Encik Abu Bakar.



Pengarah syarikat Al-Imtaq International & Services, Ustaz Musa Zulkifli, berkata selain Encik Abu Bakar, ramai lagi sukarelawan menyertai Al-Imtaq.



Dengan kekuatan sokongan relawan tersebut, Al-Imtaq dapat membantu masyarakat yang benar-benar memerlukan pertolongan daripada pelbagai sudut.



"Segala bentuk bantuan ini dilaksanakan oleh Al-Imtaq dalam bentuk perkhidmatan yang akan meringankan beban para penerima.



"Baru-baru ini juga, kami telah mendapat berita yang menyayat hati tentang banjir dan tanah runtuh di Bima dan Dompu Nusa Tenggara Barat (NTB).



"Pihak kami telah pun menghantar bantuan ke daerah korban bencana banjir tersebut dengan pelbagai sumbangan berbentuk peralatan sekolah, makanan asas dan sebagainya.



"Semoga usaha ini akan berterusan supaya mereka tidak akan rasa terabai dan gembira walaupun berdepan dengan ujian," ujar Ustaz Musa.




CARA MENYUMBANG



- Pemindahan wang ke akaun bank DBS yang bernombor 019-904263-9



- Imbas kod QR yang disediakan atau PayNow ke UEN 53202179K. Sila kirimkan butiran melalui WhatsApp selepas transaksi ke talian 8454-3782.



- Untuk pengambilan derma dari rumah, anda boleh menghubungi Encik Abu Bakar di talian 9746-9073




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >