Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Syurga dunia

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
0

SAJAK

Syurga dunia

May 15, 2022 | 05:30 AM

Kita syurga dunia mereka
yang tinggalkan keluarga
mentulang empat kerat
menyenak pecah benak
kerana kita syurga dunia
kongsi sama mereka lebih
dari nafas sesuap nasi

Kita perlulah hormati mereka
pun, mereka perlu hormati kita
syurga dunia kita kurniaan Ilahi
fitrahlah kita menjunjung kasih
membelai ihsan sesama insani
dan di mana jua bumi kita pijak
langit juga perlu sama dijunjung

Kita syurga dunia mereka
bertandang bertarung jiwa
tergadai maruah ibu pertiwi
mengejar impian hujan emas
pedih pilu hujan batu dihindari
tanah tumpah darah gersang
titik air mata tidak menghujan

Kita perlu hormat menghormati
Ilahi Rabbi uji syurga dunia kita
pada penerima jua para pemberi
timbang tara kehidupan manusia
lukisan wajah-wajah kemanusiaan
bebenih syurga dunia setitik saga
di Khatulistiwa mentali silaturrahmi

NADIPUTRA

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3