Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

TABUNG AMAL AIDILFITRI (TAA)

TAA perlu $1.4 j bagi dana Aidilfitri bantu golongan susah

Apr 15, 2022 | 06:20 AM



DAHULU kehidupan Cik Aisah Ibrahim penuh dengan kegiatan aktif dan lasak.



Namun kini pergerakannya hanya terhad pada kerusi rodanya.



Meskipun begitu ibu tiga anak berusia 75 tahun itu tidak pernah berputus asa.



Apatah lagi suami keduanya kini menghidap angin ahmar yang menjejas bahagian kanannya dan kini turut memerlukan kerusi roda untuk bergerak.



Mujur beliau mendapat sokongan salah seorang anaknya yang turut menyediakan seorang pembantu rumah untuk menjaga keperluan harian mereka.



"Walau pun pergerakan saya terhad, namun ia tidak menghadkan kemampuan saya untuk berfikir dan menjalani kehidupan ini seperti biasa. Alhamdulillah, saya masih mampu berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada banyak pihak bagi menampung kehidupan harian kami berdua," jelas nenek lima cucu itu lagi semasa dihubungi Berita Harian (BH).



Suaminya, Encik Sulong Kemat, 79 tahun, mengalami serangan angin ahmar sekitar empat tahun lalu. Sejak itu pasangan tersebut bergantung kepada bantuan yang diagihkan agensi-agensi setempat.



Antaranya, Cik Aisah menerima bantuan tahunan Tabung Amal Aidilfitri (TAA) setiap tahun sejak empat tahun lalu.



"Syukur terdapat pelbagai agensi yang tampil untuk hulurkan bantuan kepada kami berdua. Sekurang-kurangnya ia meredakan sedikit perbelanjaan harian kami, memandangkan kos kehidupan kini kian meningkat. Dapat juga digunakan untuk perbelanjaan dapur," jelasnya yang kini menetap di flat tiga bilik di Dover Crescent bersama suami dan pembantunya.



Dalam jawapan bertulisnya kepada BH, Pengurus Besar TAA, Encik Mohd Yahya Zakaria, berkata TAA memerlukan lebih daripada $1.4 juta untuk Dana Aidilfitri pada tahun ini.



"Sekitar 72 peratus yang akan dibantu tinggal di flat satu dan dua bilik yang merupakan rumah sewa dan pendapatan serumah mereka terlalu rendah. Mereka bergantung pada Dana Aidilfitri TAA selain dari sumbangan zakat dari Muis. Selain itu, ramai dalam kalangan mereka dalam lingkungan usia 70an tahun dan ke atas yang berkerusi roda dan ada pula yang terlantar di katil. Golongan ini membentuk 20 peratus."



Cik Aisah mengidap polio sejak usianya dua tahun namun kehidupannya sentiasa diisi dengan pelbagai kegiatan aktif dan lasak. Ini termasuk mendayung bot naga, menunggang kuda, mendaki gunung serta bersukan termasuk mewakili negara dalam sukan paralimpik.



Ketika itu beliau menggunakan alat caliper (alat membantu untuk bergerak) di kaki yang membantunya untuk berjalan.



Malangnya kakinya diserang bakteria yang memamah dagingnya sehingga beliau terpaksa ditahan di hospital selama dua bulan, dimasukkan ke Unit Jagaan Rapi (ICU), dan menjalani 14 pembedahan.



Bak kata pepatah, ajal maut di tangan Tuhan.



Meskipun tidak mampu berjalan, Cik Aisah masih terus menabur khidmat mengajar Al-Quran.



Beliau yang mempunyai sijil Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) masih lagi mengikuti kursus seperti berbahasa Arab selain kelas memperhalusi bacaan membaca Al-Quran.



Beliau juga dijadualkan akan sertai kursus digital untuk warga senja tidak lama lagi.



Sepanjang Ramadan, Cik Aisah dan suami juga banyak menghabiskan masa untuk beribadah, dan berasa untung dan bernasib baik kerana sering mendapat sokongan dan bantuan dari orang-orang di sekeliling mereka.



Ini termasuk sahabat dan jiran tetangga serta kelab masyarakat yang sering menghantar makanan kering, sajian berbuka puasa selain baucar pasar raya kepada mereka berdua.



Tidak kurang juga mereka yang membuat sumbangan derma wang tunai kepada beliau dan suaminya.



"Ini yang dinamakan rezeki yang datang bertali arus terutamanya semasa Ramadan. Kalau ada berlebihan, saya sumbang semula kepada mereka yang lebih memerlukan. Terimakasih kepada semua yang membantu, termasuk TAA juga," tambahnya melahirkan rasa syukur sambil menitiskan air mata kegembiraan.




HULURKAN DERMA



Anda boleh lungsuri www.TAA.sg untuk menghulurkan derma ikhlas anda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >