Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TABUNG AMAL AIDILFITRI (TAA)

Transformasi digital TAA tingkatkan derma dalam talian

taa
Apr 30, 2021 | 05:30 AM



TABUNG Amal Aidilfitri (TAA) terus bergantung kepada platform digital untuk mengumpulkan dana yang sangat diperlukan pada tahun ini dengan menjadikan TAA.sg sebagai titik fokus utama untuk semua jangkauan.



Perubahan ke arah digital mula dirancang pada 2017 apabila bekas ketua Jawatankuasa Eksekutif TAA, Encik Muhammad Harmizan Abdul Hamid, melihat keperluan TAA untuk memulakan transformasi digital sebagai persediaan masa hadapan.



Oleh itu, beliau telah melantik Encik Didicazli Ismail (pengurus TAA) pada 2018 untuk menguruskan Transformasi Digital TAA serta mengurus penambahbaikan kepada kempen, komunikasi strategik, media sosial TAA dan kerjasama antara agensi perkhidmatan sosial.



Pada 2018 itu juga TAA telah merancang untuk meluaskan strategi digital baru dan rancangan alternatif bagi menjawab tiga soalan utama yang dikemukakan pada ketika itu:



- Bagaimana jika TAA tidak lagi mempunyai talian telepol?



- Bagaimana jika TAA tidak lagi mempunyai tabung derma di Bazar Geylang Serai?



- Bagaimana jika TAA tidak lagi mempunyai program TV Amal tahunan (Sinaran Hati)?



Jawapan di atas adalah sangat penting untuk TAA menjalani Transformasi Digital dan meningkatkan keupayaan digital.



Berdasarkan data yang diperolehi pada 2018 hanya 2 peratus daripada jumlah kutipan adalah sumbangan dalam talian.



Pada 2019 pula hasil sumbangan dalam talian mencatatkan jumlah sebanyak 10 peratus.



Angka tersebut berubah mendadak pada 2020 dengan 80 peratus sumbangan telah berjaya dikutip melalui dalam talian.



Pada 2018, nombor telepol TAA, tabung derma dan program TV Amal berjaya mengumpulkan dana yang diperlukan untuk benefisiari TAA.



Pada awalnya cadangan alternatif tersebut hanya dirancang untuk menyelesaikan tiga kunci soalan di atas sebagai sistem sokongan sekiranya TAA menghadapi sebarang perubahan yang mengakibatkan TAA tidak lagi dapat menjalankan ketiga-tiga platform tersebut.



Namun, pada 2020 TAA benar-benar telah kehilangan ketiga-tiga platform kutipan dana itu tanpa disangka.



Lantaran itu, TAA menjalankan Kempen Amal dengan kerjasama Mediacorp Radio Warna942 dan memperluas jangkauan melalui platform digital di Berita Harian.



Semua keperluan pemasaran media sosial dilakukan secara dalaman oleh Sekretariat TAA.



Pada 2020 TAA menerima sumbangan yang melibatkan lebih 40,000 transaksi dalam talian.



Bagi mengukuhkan sistem ini TAA menggunakan sistem pengurusan transaksi digital yang tersuai (customized).



Eksekutif kanan TAA, Cik Siti Amirah Nabilah, bertanggungjawab dalam mengendalikan semua urusan pentadbiran kewangan yang berkaitan dengan transaksi dalam talian.



Sememangnya TAA bergantung kepada sumbangan orang ramai untuk mengagihkan bantuan kewangan kepada golongan yang kurang berkemampuan.



Di samping itu, TAA turut memperluas rangkaian penerima bantuan dan memohon sokongan berterusan daripada komuniti dan para penderma.



Sokongan ini amat diperlukan bagi membolehkan TAA mengagihkan bantuan kewangan kepada lebih ramai penerima.




CARA HULUR BANTUAN



Layari portal www.TAA.sg untuk menghulurkan sumbangan anda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >