WALAUPUN kerjayanya sekarang bukanlah sesuatu yang beliau ingin ceburi pada awalnya, melihat pesakitnya pulih kini menjadi salah satu perkara yang mendorong Cik Ainon Harun terus menjadi jururawat sehingga kini.
Cik Ainon, Penolong Jururawat Kanan di Hospital Tan Tock Seng (TTSH), merupakan salah seorang daripada 10 individu yang menerima Anugerah Jururawat Tan Chin Tuan ke-14 tahun ini.