Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

BINTANG INDONESIA

Tegar kembali nyanyi di jalanan demi isteri, anak

Sep 02, 2021 | 05:30 AM



SUATU ketika dahulu, nama penyanyi cilik Indonesia, Tegar Septian, bermain di bibir ramai tatkala menyanyi di jalanan dan kemudian tular di media sosial.



Lagunya Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang cukup terkenal tatkala dia baru berusia 11 tahun.



Selepas menjadi artis rakaman malah kerap ke Malaysia dan Singapura bagi menerima tawaran menyanyi, Tegar, 19 tahun, menyepi dan kemudian diberitakan mendirikan rumah tangga pada usia muda.



Namun, di Instagram baru-baru ini, Tegar memuatnaik foto dirinya kembali menjadi penyanyi jalanan di persimpangan lampu isyarat di Jakarta.



Menurut Tegar, yang kini bapa muda seorang anak kecil, tiada masalah baginya kembali menyanyi di jalanan sebab beliau bersungguh-sungguh ingin menyara hidup keluarga.



"Tidak ada apa-apa masalah menyanyi seperti zaman kanak-kanak saya dahulu.



"Dulu bantu ibu bapa sara hidup keluarga. Sekarang, saya buat kerja halal demi isteri dan anak," kongsinya.



Tegar berumah tangga dengan Sarah Sheilka pada 20 Mac tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Abidzar Oktaviano Putra.



Lebih 11,000 warganet memberi tanda 'like' pada lampiran pos di Instagram Tegar.



Ramai juga yang memberinya kata-kata semangat dan doa agar kerjanya demi isteri dan anak itu diberkati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >