Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula...

Feb 12, 2021 | 05:30 AM



SETELAH tamat menjalani Perkhidmatan Negara (NS) pada 1990, Encik Azmi Ibrahim mendapat pekerjaan di Taman Burung Jurong atas saranan seorang rakannya.



Harapan di hatinya adalah untuk melakukan tugas yang berkaitan dengan latar belakang pendidikannya dalam penyenggaraan, tetapi disebabkan jabatan itu tiada kerja kosong pada ketika itu, beliau mencuba peranan sebagai kakitangan keselamatan di taman itu.



Encik Azmi terus 'melekat' melakukan pekerjaan itu selama empat tahun sebelum akhirnya beralih ke peranan teknisyen.



"Mungkin sebab suasana berlainan...umur saya lagi muda ketika itu, baru keluar NS, dan saya seronok bergaul dengan kawan kerja yang lebih matang" katanya.



Kini, beliau seorang eksekutif teknikal kanan yang mengendalikan penyenggaraan tram dan kereta bugi elektrik di taman itu.



Sepanjang pengalaman 30 tahun bekerja, beliau berpeluang meraih pelbagai peluang pembelajaran.



Contohnya jika dahulu tram bergerak menggunakan petrol, kini teknologi yang digunakan lebih canggih dan mesra alam, dengan tram dan kereta bugi beroperasi menggunakan kuasa elektrik.



"Kalau dulu dengan petrol, ada asap dan baunya, tetapi kini lebih bersih dan lancar," kata beliau ketika mengongsi pengalamannya dalam segmen Singapura, The BM Show yang akan disiarkan lusa.



Tugas Encik Azmi tidak memerlukan beliau berinteraksi dengan haiwan di taman itu, namun beliau tetap bersemangat untuk belajar tentang pelbagai spesies burung yang ada supaya dapat mengongsi maklumat kepada pengunjung yang bertanya.



Spesies burung yang amat disukainya pula ialah burung kakak tua, atau macaw.



"Burung macaw ini besar dan bising tapi warna dia memang cantik. Ada yang biru, ada yang merah," katanya.



Menurut Encik Azmi, ada beberapa persamaan antara tabiat burung dengan manusia, dengan misalnya, burung macaw "rajin sapu sampah, bersihkan tempat tinggal dia."



Encik Azmi menambah beliau gembira bekerja di Taman Burung Jurong disebabkan suasananya yang hijau dan burung berkicauan yang begitu menenangkan.



Tempat kegemarannya di taman itu pula adalah lau atau aviari burung air terjun, yang menempatkan air terjun buatan manusia yang tertinggi dalam sebuah lau burung di dunia.



"Sejak mula saya masuk sini, saya paling suka tempat air terjun ini...ini tempat yang paling indah, menakjubkan dan cantik bagi saya," kata beliau.



Dengan Taman Burung Jurong dijangka berpindah ke lokasi baru di Mandai tahun depan, Encik Azmi mengajak orang ramai mengunjungi taman itu tahun ini kerana ini mungkin "kali terakhir kita dapat lihat" taman itu di Jurong.



"Mestilah sedih. Sudah 30 tahun di sini dan dan banyak kenangan yang menusuk jiwa jugalah. Tapi Pembaharuan harus dilakukan.



"Saya harap tempat baru... akan lebih berseri dan dunia akan kagum melibat taman burung di Mandai nanti. Itu harapan saya untuk masa depan," kata beliau.




BUTIRAN SAMBUTAN



Sempena meraikan jubli emasnya tahun ini, Taman Burung Jurong mengadakan beberapa acara berikut:



1. Portal Memories of Jurong Bird Park

Pengunjung boleh muat naik gambar mereka yang diambil di taman itu di Instagram atau Facebook dengan tanda pagar #JBP50. Gambar itu akan ditampilkan dalam portal ini.



2. Pameran gambar Past-Present-Future

Memaparkan evolusi dan kemajuan Taman Burung Jurong, dan juga sepintas lalu masa depan di Mandai.



3. Penampilan khas Big John

Burung kakak tua Big John yang lebih tua daripada taman burung itu sendiri akan buat penampilan khas di High Flyers Show.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >