Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Teo Ser Luck undur diri dari jawatan menteri negara

Apr 27, 2017 | 04:55 PM

MENTERI Negara (Tenaga Manusia) Teo Ser Luck akan mengundurkan diri daripada sektor awam untuk kembali ke sektor swasta, namun akan kekal berkhidmat sebagai Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataannya yang dikeluarkan hari ini berkata, Encik Teo akan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Negara itu pada 30 Jun ini.

Beliau juga akan melepaskan jawatan mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East apabila tempoh perkhidmatannya berakhir pada 26 Mei.

PMO berkata, Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah menerima permohonan Encik Teo itu dan mengucapkan terima kasih kepada beliau atas perkhidmatan berharganya kepada pemerintah.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3