Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Terajui usaha tingkat kesedaran kesihatan mental

Wan Rizal pimpin kempen kesihatan mental #452TooMany yang turut disokong sekurang-kurangnya 15 AP lain
Sep 22, 2021 | 05:30 AM



PENGALAMAN dia menangani kes seorang individu yang hampir bunuh diri semasa berkhidmat dalam Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan juga dalam interaksinya dengan pelajar daripada pelbagai latar belakang sebagai guru telah mencetuskan minat Dr. Wan Rizal Wan Zakariah untuk mendalami tentang bidang psikologi.



Ini sekali gus menimbulkan minat yang mendalam dalam isu kesihatan dan kesejahteraan mental - satu topik yang dekat di hati dan diperjuangkan Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar itu termasuk menyuarakannya di Parlimen.



Kini, sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia bulan ini, Dr Wan Rizal menerajui satu kempen kesihatan mental dipanggil #452TooMany untuk mempertingkat kesedaran dan mengadakan perbincangan mengenai isu tersebut.



Kempen itu, yang disokong sekurang-kurangnya 15 AP Parti Tindakan Rakyat (PAP) lain, akan diadakan sehingga 30 September ini.



Nama kempen itu merujuk kepada jumlah kes bunuh diri di Singapura tahun lalu - iaitu 452 kes - yang dilaporkan Samaritans of Singapore (SOS) Julai lalu, dengan laporan itu menunjukkan terdapat kenaikan dalam kematian bunuh diri dalam semua kumpulan usia.



Jumlah itu 13 peratus lebih tinggi sejak 2019 dan yang tertinggi sejak 2012.



Di bawah kempen itu, para AP menganjurkan perbincangan mengenai kesihatan mental dan pencegahan bunuh diri bersama ketua akar umbi, pemimpin masyarakat dan penduduk secara fizikal atau di alam maya.



Para AP disokong Dr Wan Rizal dan pasukan penasihat kesihatan mentalnya dalam menyediakan sumber dan alat yang relevan untuk mengadakan perbincangan dan huraian yang produktif.



"Perbincangan mengenai kesihatan mental adalah okey, namun apabila seseorang bercakap tentang bunuh diri, ini merupakan satu perkara yang sensitif dan anda perlukan pakar terlatih untuk terlibat dalam perbincangan itu. Dengan itu, sebuah perbincangan yang terbimbing boleh dijalankan," katanya.



Dr. Wan Rizal berkata isu kesihatan mental boleh menjejas semua orang, lebih-lebih lagi dalam keadaan seperti pandemik Covid-19 ini.



Terutamanya semasa pandemik ini, Dr. Wan Rizal berkata orang ramai mungkin rasa terasing, lebih-lebih lagi golongan warga emas, disebabkan tidak dapat bertemu keluarga dan rakan-rakan dek langkah sekatan, seperti tempoh pemutus litar.



Selain itu, pandemik itu sendiri mewujudkan rasa takut dalam kalangan orang ramai tentang virus itu, yang seterusnya menimbulkan keprihatinan dan kesan sosial lain, termasuk kebimbangan tentang kehilangan pekerjaan dan mata pencarian serta kemerosotan ekonomi.



"Ini menjejaskan demografi yang berlainan dan mempunyai isu yang berbeza. Orang dewasa bimbang akan pekerjaan dan keluarga mereka.



"Kanak-kanak juga terjejas kerana sudah menjadi sifat semula jadi mereka mahu bermain dan berinteraksi tetapi kegiatan seperti itu kini dihadkan, seperti CCA ditiadakan semasa tempoh pemutus litar dan kelas diadakan dalam talian. Ini semua perkara kecil yang menjejas kita semua secara keseluruhan," katanya.



Menyentuh tentang masyarakat Melayu pula, Dr. Wan Rizal berkata lebih banyak usaha boleh dilakukan untuk mempertingkat kesedaran mengenai kesihatan mental.



Memberikan beberapa contoh, dia berkata individu yang mengalami masalah kesihatan mental mungkin dilabel sebagai 'nyanyuk' atau dikatakan 'dirasuk' kerana kurangnya pemahaman dan pengetahuan mengenai isu itu.



"Ini adalah cara-cara kita sebenarnya memperkecilkan isu yang lebih besar kerana kalau kita tanya lebih mendalam tentang apakah isu sebenarnya, mungkin disebabkan keluarga, kehilangan pekerjaan, dan mereka memerlukan pertolongan pakar dan doktor psikologi seumpamanya," kata Dr. Wan Rizal.



"Kita perlu faham isu kesihatan mental ini ada rawatannya. Itu adalah penting," tambahnya.



Antara AP yang menyokong kempen itu ialah GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, yang berkata sebuah dialog kesihatan termasuk pencegahan bunuh diri dalam talian oleh pasukan petugas kesihatannya akan diadakan bersama penduduk Keat Hong pada 26 September nanti.



Dialog itu diadakan sebagai sebahagian daripada kempen #452TooMany, namun Encik Zhulkarnain berkata beberapa dialog mengenai penjagaan diri dan kesihatan mental lain telah diadakan sebelum ini.



"Saya menyokong inisiatif ini kerana kesihatan mental dan pencegahan bunuh diri merupakan satu lagi aspek dalam isu keganasan keluarga.



"Saya bersungguh-sungguh mahu mengakhiri keganasan keluarga menerusi kerja sukarelawan saya bersama Casa Raudha, dan saya juga telah beberapa kali mengutarakan isu ini di Parlimen," katanya.




"Ini menjejaskan demografi yang berlainan dan mempunyai isu yang berbeza. Orang dewasa bimbang akan pekerjaan dan keluarga mereka. Kanak-kanak juga terjejas kerana sudah menjadi sifat semula jadi mereka mahu bermain dan berinteraksi tetapi kegiatan seperti itu kini dihadkan, seperti CCA ditiadakan semasa tempoh pemutus litar dan kelas diadakan dalam talian.
- Dr Wan Rizal Wan Zakariah, AP GRC Jalan Besar.



"Saya menyokong inisiatif ini kerana kesihatan mental dan pencegahan bunuh diri merupakan satu lagi aspek dalam isu keganasan keluarga. Saya bersungguh-sungguh mahu mengakhiri keganasan keluarga menerusi kerja sukarelawan saya bersama Casa Raudha, dan saya juga telah beberapa kali mengutarakan isu ini di Parlimen."
- Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, AP GRC Chua Chu Kang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >