Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Terap semangat 'bermasyarakat, bersilaturahim dan berpersatuan'

Nov 05, 2021 | 05:30 AM



DALAM satu temu duga, ada yang bertanya kepada Ustaz Mohd Jakfar Embek apa yang beliau pelajari daripada ayahnya, Allahyarham Embek Ali semasa beliau hidup.



Dengan pantas beliau katakan "bermasyarakat, bersilaturahim dan berpersatuan".



"Seawal usia saya enam tahun Allahyarham ayah saya telah mengajak saya membonceng Vespa beliau, dan beliau membawa saya ke tempat beliau selalu bermesyuarat atau bertemu para asatizah sezamannya di madrasah-madrasah pondok dan tempat-tempat pengajian ketika itu,'' singkap Ustaz Mohd Jakfar.



Beliau pernah menemani Allahyarham membonceng Vespa ayahnya itu sejauh Madrasah Al Irsyad, ketika itu di Dairy Farm Road, ke sebuah surau di Naval Base, Woodlands, ke Kampung Cantek Baru di Bukit Timah Road, daerah perkampungan Tanjung Irau dan Kampung Wak Hassan di Sembawang dan beberapa madrasah lain ketika itu.



Ada masanya Ustaz Mohd Jakfar menemani beliau semasa beliau berceramah di pulau-pulau selatan, Pulau Sudung, Pulau Sekijang dan beberapa pulau selatan lain dengan menaiki perahu kecil dan beradu dengan ombak besar di tengah laut.



Bahkan semasa beliau menganjurkan pungutan derma untuk Palestine, beliau tidak sangka masih ramai insan-insan yang merupakan anak murid Allahyarham dan ada yang menyumbang dan sedekahkan amal jariah atas nama Allahyarham ayah dan ibu mereka untuk warga Palestine.



"Bermula daripada situ saya mula mengenali rakan-rakan seangkatan beliau, saya mula mengenali erti hidup bermasyarakat dan berpersatuan.



"Daripada beliau, saya mengenali pertubuhan seperti KGMS (Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura), Majlis Pusat, Perdaus, Pertapis, Jamiyah, Pergas (Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura), Persatuan Khairat Aljunied dan Macpherson dan beberapa persatuan lain.



Ustaz Mohd Jakfar pernah ditanya apakah yang membezakan asatizah era 1960-an dan 70-an dengan asatizah zaman sekarang.



"Saya katakan perbezaannya adalah walaupun mereka sibuk mengajar di masjid dan ada di sekolah pemerintah, tetapi pada masa yang sama mereka membumi dengan aktiviti kemasyarakatan, sama ada sebagai relawan di masjid atau persatuan Islam. Hidup mereka adalah dengan memberi dan berbakti," kata Ustaz Mohd Jakfar.



Menurutnya, usah lupa pada mereka-mereka, keringat ibu-bapa kita yang telah mendahului kita bertemu Allah swt.



Pada 2006, setelah ayahnya, Allahyarham Embek Ali beberapa kali keluar masuk hospital ketika itu, Ustaz Mohd Jakfar mengajak Allahyarham menemani beliau ke Aceh, Indonesia.



Di situlah Allahyarham menemukan semula dengan kawan-kawan lamanya.



Ketika itu Ustaz Mohd Jakfar bertugas di Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) dan diminta untuk mewakili Pergas di sebuah persidangan ulama di Aceh.



Oleh kerana ayah beliau adalah anggota masyaikh Pergas, Ustaz Hasbi Hassan, memintanya mengajak Allahyarham mewakili Pergas juga.



Menurut Ustaz Mohd Jakfar, Allahyarham ibarat anak angkat Aceh semenjak zaman bekas Gabenor Aceh, Allahyarham KH Ali Hasymy.



Kepentingan menyambung silaturahim dengan kawan-kawan ayah ada tersebut dalam kitab hadis Riyadhus Solihin, tambah Ustaz Mohd Jakfar.



Bagi beliau, seorang bapa bukan sahaja tokoh seorang imam dalam sebuah keluarga, bahkan individu yang dapat menunjukkan erti qudwah (contoh) dan bergaul hidup dan bermasyarakat.



Seorang tokoh bapa sepanjang hayat adalah individu yang dapat menunjukkan erti kemanusiaan dan tamadun manusiawi.



Baginya, usah dilupa pada keringat bapa yang telah mendahului bertemu Allah swt.



"Tokoh seorang bapa biasanya tidak pernah menampakkan perasaan duka dalamannya.



"Di luaran kelihatan seperti normal dengan senyuman, tetapi di dalam tersimpan rahsia kisah jerih payah sebuah pengorbanan dan kasih sayang demi keluarganya,'' ujar Ustaz Mohd Jakfar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >