Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Terdorong ikuti kursus biokejuruteraan kerana mahu sumbang dalam dunia perubatan

Dalam dunia yang dibanjiri pelbagai pilihan kerjaya yang saling berkembang serta teknologi yang kian mengubah kehidupan semasa, bagaimana pula dengan cita-cita belia kita? Oleh itu, BERITA HARIAN telah bertemu bual bersama tiga pelajar Politeknik Singapura mengenai perjalanan mereka menuntut sijil diploma dalam bidang-bidang yang menarik.
Dec 14, 2020 | 05:30 AM



BELIAU pernah rasa keliru, sama ada hendak teruskan ke menengah lima dan mendapatkan sijil GCE Peringkat 'O', atau melanjutkan pelajarannya di politeknik.



Namun bekas pelajar aliran Normal Akademik (NA), Cik Nurul Khadijah Sanusi, 20 tahun, terdorong oleh kededua abang dan kakaknya yang dahulu melanjutkan pendidikan dalam kursus kejuruteraan.



Justeru beliau menyertai laluan Program Asas Politeknik (PFP) di Politeknik Singapura (SP) dalam bidang biokejuruteraan.



Bagi pelajar tahun akhir itu, keputusannya itu pilihan terbaik kerana minatnya dalam kursus tersebut telah mendorongnya mengambil pelbagai peluang menarik sambil mengekalkan keputusan cemerlang.



"Saya terdorong memasuki kursus biokejuruteraan ini kerana saya mempunyai niat untuk menyumbang dalam dunia perubatan dan mencipta alat perubatan.



"Menurut beberapa teman saya, kami seolah 'doktor di belakang pentas,' kerana dengan mencipta alat perubatan baru, ia berupaya mengubah cara doktor dan pekerja kesihatan menjalankan tugas.



"Dan saya kira, tidak ada ramai wanita di dunia biokejuruteraan ini dan itu juga merupakan motivasi buat saya," kata anak bongsu dalam keluarga tiga beradik itu.



Menurut Cik Nurul Khadijah, beliau sedar akan peluang yang ditawarkan di pasaran setempat menerusi kursusnya itu.



Terdapat beberapa firma perubatan yang sebenarnya perlukan pekerja yang mempunyai pensijilan dalam bidang tersebut.



Tambahan pula, minatnya itu juga telah mendorongnya bersama kumpulannya mencipta sebuah alat pengimbas 3D yang boleh digunakan untuk menghasilkan acuan bina khusus bagi merawat pesakit yang mengalami kecederaan patah tulang - buat Projek Akhir Tahun (FYP) mereka.



"Alat ini yang mengukur tubuh badan pesakit secara digital dapat mengurangkan masa yang digunakan untuk membuat acuan - yang selalunya menggunakan simen.



"Kemudian saya akan mereka bentuk acuan bina khusus menurut ukuran setiap pesakit dengan menggunakan pencetak 3D untuk menghasilkan acuan itu," katanya.



Projek FYP mereka juga antara tiga projek yang dipilih untuk dipamerkan semasa Pameran Kejuruteraan SP tahun depan.



Dengan banyak pengalaman positif dalam kurususnya, Cik Khadijah berkata laluan PFP satu peluang pendidikan yang perlu lebih dibincangkan dan diketahui.



"Saya percaya ada ramai pelajar aliran Normal, yang mungkin mempunyai minat terpendam dalam kursus yang ditawarkan politeknik semasa acara sekolah terbuka.



"Namun mereka mungkin hadapi tekanan sama ada mereka sebaiknya melanjutkan pelajaran ke menengah lima untuk mendapatkan sijil GCE peringkat 'O'.



"Oleh kerana saya amat meminati kursus ini, saya telah banyak mengambil peluang yang ditawarkan semasa pengajian dalam kursus biokejuruteraan.



"Dan saya juga yakin, jika laluan PFP ini dapat menimbulkan minat yang kuat antara pelajar tersebut, tentu mereka akan teruskan pendidikan diploma mereka dengan gigih dan mereka dapat lulus dengan cemerlang."



Cik Khadijah berkata beliau secara konsisten dapat mengekalkan Gred Purata Mata (GPA) sekitar 3.7 sepanjang perjalanannya di SP dan kini merancang memilih universiti setempat bagi kursus yang sama - yang menurutnya memerlukan GPA sekitar 3.6 hingga 3.8.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >