Sebatang pen
Dua dolar harganya
Dibelek-belek lama
Dibeli dengan bangga
Di pesta buku
Ingin diberi kepada penulis itu
Tanda minat akan karyanya
Mercu rindu yang terubat
Akhirnya bersua muka
Dapat berjabat erat!
Tatkala pen dihulurkan
Penulis bertanya "Mana buku saya?"
Anak itu tak ada jawapan
Kerana yang dia mampu
Cuma jadi penikmat dan pengagum
Sedang penulis itu
Namanya harum
Mewah bergolek merudum