Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30

Terima ramai pelanggan baru ketika sempadan tutup

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja
29
0

BENGKEL KHIDMAT MENYELURUH

Terima ramai pelanggan baru ketika sempadan tutup

Jun 17, 2021 | 05:30 AM

BERMULA dengan satu syarikat dalam bidang automotif pada tahun 2008, kini syarikat EF3 Automobili Singapur terus gagah dan mampu mengembangkan sayap perniagaan, meskipun di ambang Covid-19.

Perniagaan kepunyaan Encik Toey Rizal Robu, 47 tahun, ini bermula sebagai perniagaan menjual kereta terpakai, namun kerana kelembapan ekonomi pada tahun 2010 dan 2011 dahulu, beliau beralih pula kepada bengkel pembaikan kereta.

Kini Encik Rizal mempunyai tiga bengkel kereta dan dua lagi bengkel kereta bersekutu yang terletak di Toh Guan Centre dan satu lagi di kawasan perindustrian di Ang Mo Kio.

Menurutnya, setiap bengkel kereta yang dimulakan memerlukan modal bermula dari $50,000 hingga $100,000 untuk dibangunkan, manakala sewa bulanan pula berharga di antara empat hingga $8,000 sebulan. Bengkel kereta Encik Rizal terletak di Carros Centre, berdekatan di kawasan Kranji, manakala dua lagi di kawasan Kaki Bukit Industrial.

Encik Rizal berkata sepanjang pandemik ini, khususnya pada tahun lalu, syarikatnya mengalami sedikit kemerosotan dalam perniagaan, tetapi ia tidak begitu membimbangkan. Beliau juga kerap memberikan promosi berganda dan menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh dengan harga servis yang tidak berubah.

"Memang ketika pandemik bermula dan khususnya pada pemutus litar tahun lalu, syarikat saya mengalami kemerosotan penjualan sehingga 40 peratus. Ini mungkin kerana pelanggan takut hendak ke bengkel kereta di waktu tersebut dan mungkin juga kerana pergerakan terhad yang telah diumumkan. Namun, keadaan bertambah baik, walaupun kita di Fasa Tiga (Kewaspadaan Dipertingkat) ini. Saya tetap berharap keadaan akan menjadi lebih baik lagi di masa hadapan," kata bapa kepada tiga orang anak ini.

Encik Rizal akur penutupan sempadan Singapura-Malaysia sejak tahun lalu telah memberikan faedah dan ruang yang lebih sedikit kepada perniagaannya.

Menurutnya, sejak penutupan sempadan tahun lalu, beliau menerima ramai pelanggan baru dan ramai yang telah mengenali syarikatnya. Syarikat beliau dianggarkan menikmati kenaikan jumlah pelanggan dan juga keuntungan sehingga 20 peratus.

"Secara tidak langsung, syarikat saya menerima kenaikan yang positif sejak penutupan sempadan Singapura-Malaysia ini. Mungkin ramai pelanggan tidak boleh ke seberang Tambak, jadi mereka tiada pilihan lain dan perlu mendapatkan servis dari syarikat tempatan. Ramai pelanggan baru yang menghubungi saya untuk quotation dan menanyakan harga servis yang kami sediakan" jelas Encik Rizal dengan jujur.

Namun, cabaran tetap ada bagi 'pelanggan baru' sebegini. Encik Rizal berkata segelintir pelanggan akan terus membandingkan harga perkhidmatan di Johor dan di Singapura dan membanding mata wang Ringgit Malaysia dan dolar Singapura.

"Memang ada sebahagian kecil pelanggan baru ini akan terus membandingkan harga perkhidmatan yang kami sediakan. Sebagai contoh, harga perkhidmatan dan pertukaran untuk empat brake rotor dan brake pads boleh mencecah $450 di sini berbanding hanya RM600 ($193) hingga RM800 di sana. Namun perkhidmatan yang kami sediakan, kami jamin mutunya dan pelanggan tidak perlu risau dan boleh terus ke bengkel kami jika ada masalah yang dihadapi.

"Tetapi sekiranya kenderaan yang telah dibaiki dari luar negara mengalami masalah teknikal yang lain, pelanggan itu mungkin perlu membawanya kembali ke sana. Ini juga memerlukan waktu, dan jika perjalanan Koswe sesak, banyak masa yang terbuang di jalanan, dan ini juga merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi oleh pemilik kereta tersebut," tambahnya lagi.


"Secara tidak langsung, syarikat saya menerima kenaikan yang positif sejak penutupan sempadan Singapura-Malaysia ini. Mungkin ramai pelanggan tidak boleh ke seberang Tambak, jadi mereka tiada pilihan lain dan perlu mendapatkan servis dari syarikat tempatan. Ramai pelanggan baru yang menghubungi saya untuk quotation dan menanyakan harga servis yang kami sediakan"
- Encik Toey Rizal Robu, pemilik EF3 Automobili Singapur.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3