Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Terjatuh: Penyebab dan kesan pada warga emas

Nov 01, 2021 | 05:30 AM



PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan sekitar 684,000 individu di serata dunia, meninggal dunia akibat terjatuh.



Masalah terjatuh juga merupakan penyebab kedua kematian menyusuli kecederaan yang tidak sengaja di serata dunia.



Malah warga tua berusia lebih 60 tahun membentuk angka tertinggi mereka yang meninggal dunia akibat terjatuh.



Di Singapura sahaja, kelaziman masalah terjatuh membentuk sekitar 17.2 peratus dengan kadar kekerapan terjatuh bertambah sedang usia meningkat.



"Masalah terjatuh begitu berleluasa dalam kalangan warga emas sehinggakan kadang kala kita beranggapan ia sebahagian daripada proses penuaan.



"Beberapa faktor berisiko menjadikan warga emas lebih terdedah kepada masalah terjatuh.



"Ini termasuk masalah perubatan yang wujud dan perubatan jangka panjang yang mungkin mereka dapatkan.



"Faktor sekitaran dan sosial juga memainkan peranan," kata doktor keluarga di Pusat Jagaan Segera (UCC) di Admiralty, Woodlands Health, Dr Vinodhini Elangovan.



Dalam emelnya kepada Berita Harian (BH), Dr Elangovan berkata antara pelbagai kecederaan yang boleh dialami, masalah retak pinggul merupakan kebimbangan paling utama.



Sebilangan pesakit yang mengalami keretakan pinggul terpaksa bergantung kepada alat bantuan berjalan dan sebahagian mereka perlu dimasukkan ke institut kesihatan sedang mereka berusaha menjalankan kegiatan kehidupan harian.



"Selain kecederaan fizikal, warga senja yang hilang keupayaan berdikari menyusuli masalah terjatuh boleh terjejas psikologi mereka.



"Rasa takut terjatuh mungkin boleh menyebabkan mereka menyendiri yang kemudian menyebabkan mereka mengalami kemurungan," tambah Dr Elangovan.



Justeru, bagi warga emas dinasihatkan supaya mendapatkan penilaian doktor selepas terjatuh meskipun kecederaan itu dianggap remeh.



Ini kerana apabila seorang pesakit berjumpa doktor selepas terjatuh, penilaian menyeluruh akan dibuat.



Penilaian ini termasuk menentukan mekanisme terjatuh serta kesannya.



Doktor akan dapat menentukan potensi faktor berisiko semasa konsultasi berlangsung.



Mengubah faktor berisiko ini akan dapat mengurangkan risiko kecederaan, kecacatan dan kemungkinan dimasukkan ke hospital apabila terjatuh pada masa depan.



Setiap warga emas patut ditanya tentang isu terjatuh.



Kerap kali warga emas tidak akan bersikap terbuka tentang isu ini dan mungkin mengelak daripada berbincang tentangnya.



"Anggota keluarga patut sedar bahawa punca bagi setiap masalah terjatuh perlu disiasat dan langkah mengelakkannya perlu diambil bagi mencegah berulangnya isu terjatuh," ujar Dr Elangovan.



Menurutnya program senaman yang melibatkan kegiatan keseimbangan atau menguatkan tubuh boleh memperbaiki langkah warga emas apabila berjalan.



Mereka boleh dilatih dalam kegiatan menggunakan jalur rintangan yang mampu memperbaiki kekuatan tangan dan kaki.



Penilaian di rumah boleh dilakukan bagi membuat perubahan kepada potensi bahaya sekitaran.



Ini termasuk memasang palang pemegang dan alas kaki anti-tergelincir.



Selain itu satu semakan perubatan juga boleh dilakukan.



"Warga emas boleh diajar tentang amalan kebersihan tidur yang baik dan mengelak atau mengubah ubat yang menenangkan.



"Adalah baik untuk memastikan ubat mereka dipantau selalu bagi mengelak menggunakan ubat yang pelbagai.



"Ubat yang meningkatkan risiko tekanan darah menjunam boleh diubah dan warga emas boleh diajar beberapa saranan ke atas tingkah laku mereka," katanya lagi.



Selain mendapatkan sokongan keluarga dan nasihat doktor keluarga, warga emas juga boleh pertimbang untuk memohon mendapatkan program Peningkatan bagi Warga Emas Aktif (Ease), yang merupakan program bersubsidi bagi menjadikan flat lebih mesra warga emas.



Di bawah Ease mereka boleh memasang peralatan peningkatan palang pemegang, rawatan anti-tergelincir dan pelantar dengan kadar bersubsidi.



Ditanya akan amalan 'orang lama' yang menyatakan bahawa mereka yang terjatuh patut diurut bagi 'membetulkan tulang dan urat saraf', Dr Elangovan menjawab:



"Saya ingin sarankan agar pesakit diperiksa oleh doktor keluarga dahulu. Apabila ada kecederaan yang tersembunyi, adalah lebih baik ia dikenal pasti dahulu.



"Ini kerana mengurut berpotensi memburukkan lagi keadaan."




"Masalah terjatuh begitu berleluasa dalam kalangan warga senja sehinggakan kadang kala kita beranggapan ia sebahagian daripada proses penuaan.



Beberapa faktor berisiko menjadikan warga senja lebih terdedah kepada masalah terjatuh.



Ini termasuk masalah perubatan yang wujud dan perubatan jangka panjang yang mungkin mereka dapatkan."



Faktor sekitaran dan sosial juga memainkan peranan."
- Dr Vinodhini Elangovan, doktor keluarga di Pusat Jagaan Segera (UCC) di Admiralty, Woodlands Health.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >