Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

Tiga puteri 'seronok berdikir barat'

Terlalu ghairah palu rebana hingga tangan 'koyak'

Dec 17, 2018 | 05:30 AM



TANPA paluan rebana tidak lengkap persembahan dikir barat. Apatah lagi jika ia dilihat sebagai pembakar semangat awok-awok.



Cik Nur Sabrina Muhd Hilmi, 17 tahun, pemain ibu rebana daripada kumpulan dikir barat wanita, Ardwinda, berkata:



"Walaupun paluan rebana berada di belakang persembahan dikir barat, ia menyokong kumpulan dikir barat itu. Anda kena beri rentak yang betul untuk awok-awok rasa bersemangat."



Pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central itu terlibat dalam seni dikir barat sejak di sekolah rendah.



Setelah menjadi awok-awok selama setahun, beliau cuba bermain anak rebana dan kemudian ibu rebana. Perlahan-lahan rebana seperti sudah "ngam" dengannya, kata beliau.



"Mula-mula semasa bermain anak rebana, dua jari saya memang terasa sakit. Selepas itu ia menjadi merah, putih dan kemudian lembik. Sampai sekarang kalau saya memalu ibu rebana jari, saya masih rasa sakit walaupun sudah bertahun-tahun memukul rebana," katanya.



Baginya, semakin kuat beliau memalu, ia menandakan beliau semakin baik. Malah, selagi tangannya tidak terasa sakit, selagi itu beliau tidak berasa puas memalu rebana.



Cik Nur Sabrina menyifatkan pelibatannya dalam dikir barat sebagai salah satu cara beliau melepaskan tekanan yang dihadapinya di sekolah.



"Kalau betul-betul penat dengan sekolah, apabila memalu rebana, kita "bagi" sahajalah. Pukul kuat-kuat, kadang-kadang tangan sampai "koyak-koyak". Kalau tidak puas, "hentak" sahaja"," cerita pelajar kursus kejuruteraan mekanikal ini yang juga merupakan presiden kumpulan dikir barat Ardwinda.



Beliau memperuntuk masa dari pagi hingga petang untuk sekolah dan sering dari petang hingga ke malam untuk kegiatan dikir barat.



Minatnya mendorong Cik Nur Sabrina bekerja keras dengan harapan dinobatkan sebagai pemain rebana dikir barat terbaik bagi wanita satu hari nanti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >