Sebagai penganjur acara hiburan dan kemasyarakatan, mereka adalah antara pejuang bakat tempatan yang ingin membina nama di persada seni Singapura. Pandemik Covid-19 malah bukan alasan bagi mereka tidak mengusahakan sesuatu yang menepati cita rasa ramai meskipun di alam maya. BERITA HARIAN melaporkan kisah penganjur acara legenda yang dikenali dalam kalangan pengamat dunia hiburan di sini.
MEMAHAMI cita rasa pencinta muzik di Singapura dan melepaskan rasa dahaga mereka pada irama nostalgia mahupun hiburan santai yang menceriakan jiwa.