Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

GAYA HIDUP: RIADAH

Teroka Semula SG: Cara terbaik gunakan baucar anda

Mar 01, 2021 | 05:30 AM



HANYA tinggal empat bulan lagi untuk menggunakan baucar Teroka Semula Singapura anda dan sekarang adalah masa yang terbaik merancang kegiatan menarik di sekitar negara.



Tetapi jika ini pertama kali anda menjejakkan kaki di dalam lautan tawaran, anda mungkin keliru dengan pilihan yang boleh didapatkan.



Terdapat lebih 440 pilihan di lima wadah tempahan - iaitu Changi Recommends, GlobalTix, Klook, Traveloka dan Trip.com - dengan banyak lagi pilihan ditambah setiap bulan.



Ada beberapa lawatan yang hanya boleh ditempah melalui wadah tertentu, pakej cuti inap yang berbeza dan juga tawaran yang hanya terdapat di sesuatu wadah.



Namun, anda masih boleh mendapatkan tawaran yang bagus dan mengatur kegiatan yang seronok dengan sedikit perancangan.



Berita Harian telah menemukan beberapa tawaran menarik yang boleh dilakukan sekeluarga. Berikut panduan mendapatkan tawaran terbaik dari baucar anda.



Belanjakan baucar dengan tawaran yang bagus



Gunakan kredit $100 anda dengan cermat menerusi tawaran ke tempat tarikan dan lawatan yang berharga sekitar $15 dan $35. Cantumkan beberapa aktiviti ini untuk kegiatan sehari atau pergi melawat ke tempat-tempat ini selama beberapa bulan.



Jika anda merancang ke Sentosa, pergi ke sana dengan menaiki kereta kabel, dengan perjalanan ulang-alik melalui laluan Mount Faber berharga $20.



Di pulau itu, anda boleh melakukan lawatan bas berpandu yang melalui tempat tarikan seperti Fort Siloso Skywalk, Resorts World Sentosa dan Sentosa Cove.



Lawatan dua jam yang berharga $15 itu pilihan terbaik untuk keluarga yang mempunyai anak kecil atau warga tua.



Bawa anak-anak berjalan secara percuma



Setiap orang dewasa boleh membeli sehingga enam tiket kanak-kanak untuk anggota keluarga berusia 18 tahun ke bawah, dengan subsidi $10 untuk satu tiket. Ini bermakna jika tiket berharga $10 atau kurang, anda boleh mendapatkannya secara percuma.



Kemasukan ke Butterfly Park dan Insect Kingdom di Sentosa juga berharga $10 untuk mereka yang berumur 17 tahun ke bawah, dan $12 untuk orang dewasa.



Sebuah keluarga dengan dua orang anak kecil boleh melawat tempat tarikan itu dengan menggunakan $20 daripada baucar itu dan menambah wang sebanyak $4.



Taman permainan terbuka Nestopia di Pantai Siloso berharga $10 untuk satu tiket dengan kemasukan seorang dewasa dan seorang kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun.



Cuti inap dengan harga berbaloi



Hotel-hotel setempat kini telah melancarkan beberapa pakej cuti inap menarik, seperti kredit untuk makan dalam bilik, pendaftaran masuk awal dan pendaftaran keluar lewat, menaik-taraf bilik dan juga tiket kemasukan untuk tempat tarikan yang berdekatan.



Anda boleh menjangka untuk membayar sekitar $200 hingga $300 (selepas menggunakan nilai keseluruhan baucar) untuk penginapan di sebuah hotel cantik dengan beberapa barangan percuma. Harga untuk sebuah bilik biasanya lebih mahal pada hujung minggu.



Untuk menempah bilik untuk beberapa malam berturut- turut, anda boleh membuat dua tempahan berasingan dan membuat permintaan kepada pihak hotel untuk menyatukan tempoh yang ditempah.



Berikan nombor pengesahan tempahan kepada pihak hotel. Permintaan bergantung pada jumlah bilik yang tersedia, namun hotel akan melakukan yang terbaik untuk memenuhi permintaan pelanggan.



Tempah bilik di Hotel Fairmont dengan harga $359 dan dapatkan kredit makan bernilai $100 yang boleh digunakan di beberapa restoran di hotel itu termasuk di Asian Market Cafe yang menyajikan hidangan bufet halal, dan juga untuk hidangan makan di dalam bilik.



Tempahan bilik termasuk dengan sarapan dan juga tempat letak kereta percuma dengan kemasukan semula tanpa had.



Aktiviti eksklusif



Luangkan masa anda untuk meneroka pilihan yang terdapat di lima wadah tempahan kerana terdapat beberapa aktiviti yang eksklusif di setiap wadah.



Seperti contoh, penggunaan baucar untuk pameran Star Wars Identities: The Exhibition di Muzium ArtScience berharga $25 hanya terdapat di GlobalTix. Pameran yang memaparkan beberapa pakaian dan alat peraga dari francais filem itu akan diadakan sehingga bulan Jun.



Waktu makan yang menjadi kenangan



Anda juga boleh mendapatkan hidangan makananan dan minuman di beberapa lawatan yang diadakan.



Untuk makan malam dengan pemandangan indah, sertai pelayaran ke Kepulauan Selatan untuk melihat matahari terbenam yang dijalankan oleh Monsters Tour berharga $50. Makan malam disediakan di dalam bento halal.




DERMA BAUCAR KEPADA MEMERLUKAN



ANDA tidak ada masa merancang aktiviti menggunakan baucar Teroka Semula Singapura?



Baucar itu juga boleh didermakan.



Beberapa wadah telah melancarkan kempen di mana warga Singapura boleh menyumbang baucar mereka kepada beberapa badan kebajikan dan mereka yang memerlukan.



Sejak Disember lalu, Trip.com telah mengutip derma lebih 700 tiket untuk badan-badan kebajikan seperti Boys' Town dan Club Rainbow. Mereka yang mendapat tiket-tiket ini telah mengunjungi beberapa tempat tarikan seperti River Safari dan Madame Tussauds Singapore.



Sebahagian inisiatif dianjurkan bersama oleh perusahaan sosial ItsRainingRaincoats, Klook dan Singapore Flyer, di mana orang ramai boleh membeli tiket untuk pekerja asing menaiki Singapore Flyer.



Maklumat lanjut dan juga cara-cara untuk mendermakan baucar boleh didapatkan di laman www.klook.com/en-US/activity/53385-singapore-flyer/.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >