Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

MADRASAH AL-MA’ARIF AL-ISLAMIAH

Terus bertekad lahirkan wanita cemerlang

Apr 15, 2022 | 06:32 AM



DENGAN misi dan visi ingin terus melahirkan pelajar Muslimah cemerlang di rantau ini, Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah memerlukan sokongan dari masyarakat Islam di sini.



Mula bertapak di Ipoh Lane pada tahun 1936 hingga 2006, dan mendapat sokongan dari usahawan dan dermawan Arab Syeikh Omar Bamadhaj untuk membina bangunan sendiri di atas tanah wakaf Bamadhaj.



Bangunan baru madrasah itu kini terletak di 3 Lorong 39, Geylang, hingga kini. Ia sudah berusia 16 tahun.



Madrasah Al-Ma'arif memerlukan sehingga $2 juta untuk keperluan peningkatan bagi tahun 2021 hingga 2023 dan memerlukan kerja-kerja peningkatan yang berterusan.



Madrasah ini telah diasaskan oleh Syeikh Muhd Fadhlullah Suhaimi, kemudian diambil alih oleh Syeikh Mohd Taha Suhaimi pada 1965 hingga 1999 sebagai pengerusi jawatankuasa pentadbir madrasah Al-Ma'arif.



Kini, madrasah ini dipimpin oleh Encik Mohd Ma'mun HMF Suheimi.



Beliau meneruskan legasi keluarganya dalam bidang pendidikan dan dakwah yang telah dimulakan oleh ayahnya, As-Syeikh Muhammad Fadhlullah dan abang-abangnya; Syeikh Mohd Taha dan Muhd Kamil.



Encik Ma'mun merupakan tenaga pengajar yang berdedikasi dan berani menyahut cabaran untuk menyambung usaha dan memperjuangkan pendidikan madrasah di samping berdakwah, dan berbakti kepada masyarakat Islam setempat.



Menurut Encik Ma'mun, Madrasah Al-Ma'arif sudah menjangkau 86 tahun dan akan terus teguh untuk melestarikan pembelajaran ukhrawi dan sekular dan melahirkan lebih ramai lagi cendekiawan berjaya dan srikandi wanita di masa hadapan.



"Alhamdulillah, kami dapat melahirkan graduan-graduan yang berjaya. Justeru itu, kami akan terus memberikan pendidikan sebaik mungkin demi melahirkan legasi srikandi Muslimah yang terbilang. Di arus dunia pemodenan ini, sistem pembelajaran juga memerlukan peningkatan yang berterusan seperti memerlukan perkakas-perkakas yang baru dan lebih canggih lagi,'' jelas Encik Ma'mun.



"Madrasah Al-Ma'arif telah berjaya mendidik ramai pelajar termasuk yang cemerlang dalam bidang ukhrawi dan duniawi.



"Kami merayu dan berharap agar penderma budiman dan masyarakat Islam di negara ini akan terus membantu dan menyokong kami dalam usaha menjayakan projek menaik taraf Madrasah ini. Insya-Allah, semoga Allah swt membalas jasa baik anda,'' tambah beliau.




CARA MENYUMBANG



– Sumbangan boleh disalurkan dalam beberapa cara:



– PAYNOW UEN: S36MM0001G, (reference: Ramadan22).



– Perbankan dalam talian: OCBC 507018232001 (Reference yang sama seperti di atas).



– Pungutan dari rumah (minimum $100): WhatsApp ke 9182-4766 (berikan nama, alamat dan jumlah sumbangan)



– Pejabat Madrasah: Isnin-Jumaat (8.30 pagi hingga 4 petang)



–. Hantar cek atas nama ‘Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah’ dan pos ke alamat No 3 Lorong 39, Geylang, Singapura 387865.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >