Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tetap anggun walau ada palsi serebrum

Nov 14, 2020 | 05:30 AM



SIAPA kata golongan berkeperluan khas termasuk yang dilahirkan dengan palsi serebrum atau kelumpuhan otak tidak mampu bergaya dan melaram di pentas peragaan?



Soalan ini terpahat di minda Cik Suhana Suhaimi, 43 tahun, wanita cekal yang sentiasa mencari kemahiran baru bagi mengisi masanya atau sebagai sumber pendapatan.



Beliau yang sebelum ini gigih menyertai kelas membakar kek Cef Siti Mastura Alwi bahkan turut menjual hasil air tangannya itu kepada orang ramai kini model bagi satu peraduan peragaan anjuran Singapore Fashion Runway (SFR).



SFR adalah usaha niaga sosial yang mengasuh golongan berkeperluan khas dan kurang berkemampuan menerusi gerakan fesyen untuk tujuan sosial.



Bagaimana Cik Suhana yang akur dirinya memang tidak tahu duduk diam dan suka bergambar terlibat dalam peraduan peragaan yang dijadualkan disiarkan dalam talian pada 12 Disember ini?



Ikuti temu bual bersamanya yang dikendalikan menerusi audio WhatsApp.



Soalan (S): Bagaimana anda terlibat sebagai model SFR?



Cik Suhana (SU): Sebenarnya, saya ibarat model 'bidan terjun'. Segalanya berlaku secara kebetulan.



Dalam tempoh pemutus litar jangkitan Covid-19 lalu, bekas teman sekolah saya memperkenalkan saya kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SFR, Cik Eileen Yap.



Mulanya, saya setakat belajar kursus rekaan fesyen buat golongan berkeperluan khas menerusi sidang Zoom.



Namun, apabila Cik Yap menyemak laman Facebook saya, beliau dapati gambar saya 'posing' sana sini menarik dan cantik.



Beliau menawarkan saya menyertai peraduan peragaan SFR ini. Saya pula terima tawarannya untuk suka-suka sahaja - boleh bergaya 'gila-gila' dengan pakaian cantik dan menggembirakan hati saya.



S: Apakah keseronokan bergelar model SFR? Apakah pula cabarannya?



SU: Saya boleh melaram, pakai pakaian cantik dan rakam foto bersahaja. Maklumlah sebelum ini, saya duduk di rumah dan bikin kek atau menjaga arwah ibu saya yang meninggal dunia genap setahun lalu.



Saya juga boleh mengenali model lain dengan pelbagai kesulitan hidup.



Cabarannya pula lebih pada saya tidak pandai berdandan sendiri. Saya perlukan khidmat dandanan kakak angkat saya.



Antara cabaran lain pula adalah dalam mencari pakaian yang sesuai. Sesetengahnya dicari sendiri. Ada pula yang memerlukan pengubahsuaian mengikut tema yang ditetapkan.



S: Apa yang dipelajari daripada pengalaman ini?



SU: Saya pelajari tentang rekaan fesyen buat golongan berkeperluan khas, misalnya, yang terlantar sakit - bagaimana nak sesuaikan pakaian buat mereka sedangkan mereka tidak mampu membutang baju mereka sendiri. Saya juga belajar gunakan bahan kitar semula dan kitar tinggi untuk hasilkan produk fesyen baru.



Setelah Fasa Kedua dimulakan, saya ke pusat latihan SFR di Marina South Pier. Di sana, Cik Yap mengajar saya tentang cara berjalan di pentas peragaan atau 'catwalk' serta 'pose' model.



S: Apakah pandangan anda tentang dunia peragaan yang kini dibuka buat golongan berkeperluan khas?



SU: Di Eropah dan Amerika Syarikat, terdapat model berkeperluan khas yang nampak biasa sahaja di sebalik keadaan kurang upaya.



Misalnya, orang yang cacat pendengaran. Mereka nampak macam orang biasa. Justeru, ini adalah peluang bagi golongan ini mengejar cita-cita asal diberi peluang dan latihan.



S: Bagaimana hidup anda berubah selepas menjadi model?



SU: Saya masih Suhana yang sama dan sentiasa berbekalkan motto kehidupan, 'Kalau ada kemahuan, pasti ada jalan'.



Saya temui ramai orang dengan pelbagai kondisi dan penyakit di SFR. Saya sentiasa tanamkan tekad ingin berkongsi inspirasi, apa sahaja mampu dicapai kalau kita tanamkan keyakinan diri dan berani mencuba.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >