SEBAGAI artis rakaman baru, bakat setempat Nertasha tidak menduga lagu pertamanya, Mi Amor, yang mempunyai irama regeton, berjaya menduduki Carta Singa Maksima di stesen radio Ria 897.
Lagu ciptaan Amyr Abadawn dengan lirik tulisan Nertasha sendiri bertahan di carta lagu anak watan Singapura itu selama 10 minggu bahkan berjaya menduduki tangga pertama selama empat minggu.