Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MEMBERI NAFAS BARU KEPADA GEYLANG SERAI

Tiada jaminan penyewa kini diutama lepas Tanjong Katong Complex naik taraf

SLA: Ini kerana ia kompleks beli-belah komersial, tapi penyewa kini boleh lahirkan minat
Dec 11, 2021 | 05:30 AM



PENGUASA Tanah Singapura (SLA) tidak boleh menjamin akan memberi keutamaan kepada penyewa di Tanjong Katong Complex (TKC) untuk menyewa semula kedai di situ setelah pusat beli-belah itu dinaik taraf pada Julai 2026. Tetapi, mereka boleh melahirkan minat mereka untuk menyewa di situ kepada SLA, badan yang memantau TKC sebagai hartanah milik pemerintah.



SLA berkata demikian kepada Berita Harian selepas sebahagian besar penyewa yang ditinjau akhbar ini melahirkan minat kembali ke TKC apabila kerja naik taraf selesai. Projek naik taraf itu sebahagian usaha membangunkan jalur budaya Geylang Serai, merangkumi kawasan TKC hingga Kelab Masyarakat (CC) Kampong Ubi, iaitu sepanjang Geylang Road dan Sims Avenue.



"TKC adalah sebuah kompleks beli-belah komersial, dan seperti hartanah komersial milik pemerintah yang lain, kami tidak dapat menjamin keutamaan bagi penyewa sedia ada selepas kerja naik taraf. Namun, penyewa boleh melahirkan minat mereka kepada SLA atau ejen pengurusan kami untuk kami menghubungi mereka pada masa sesuai,'' kata jurucakap SLA.



Sebelum ini, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga pengerusi jalur budaya Geylang Serai, akur ada maklum balas daripada penyewa yang ingin kembali ke TKC.



Sama ada penyewa boleh kembali ke TKC selepas ia diubah elok dan dinaik taraf akan dipertimbangkan oleh SLA, kata beliau dalam satu temu ramah bersama media Rabu lalu.



Beliau, yang juga Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar, berkata ciri-ciri kemelayuan yang membolehkan peniaga Melayu terus berniaga di TKC setelah ia dinaik taraf akan dikekalkan.



"Salah satu ciri utama kami ialah kami ingin membangunkan jalur budaya Geylang Serai untuk memastikan bahawa peniaga Melayu kita terus bertapak di Geylang Serai kerana ramai anggota masyarakat kita pergi ke Geylang Serai untuk mendapat barang-barang yang dijual peniaga Melayu kita.



"Kami akan bekerjasama dengan SLA bagi memastikan ciri-ciri kemelayuan akan terus wujud dalam gabungan dagangan di TKC,'' katanya.



Sebagai bangunan komersial, tender terbuka dijangka dibuka bagi penyewaan ruang di pusat beli-belah itu.



Bagaimanapun, pengamat yang dihubungi Berita Harian menyatakan oleh kerana ia bangunan milik pemerintah sepenuhnya, SLA boleh menetapkan kriteria bagi bidaan tender.



"Pemerintah boleh menetapkan kriteria tender kelak, yang dapat mengimbangi keperluan sosial masyarakat dengan pertimbangan kewangan. Ia adalah lebih mudah dalam hal ini memandangkan bangunan itu milik penuh pemerintah,'' kata Ketua Penyelidikan di ERA Realty, Encik Nicholas Mak.



Mereka boleh menetapkan gabungan penyewa yang diinginkan atau jenis jualan yang diperlukan. Misalnya, beberapa kedai diperuntukkan bagi syarikat menjual produk masyarakat Melayu, ujar beliau.



"Yang dikhuatiri ialah peniaga kecil-kecilan mungkin tidak mempunyai pengetahuan kewangan berbanding syarikat runcit besar, jadi mereka membuat bidaan pada harga terlalu tinggi atau terlalu rendah yang tidak membolehkan mereka mendapat ruang itu,'' kata Encik Mak.



"Ia perlu dilakukan jika TKC tidak mahu menjadi seperti pusat beli-belah umum lain, yang disewakan kepada jenama penyewa runcit besar," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >