AWAL dekad 1950-an memang menguji tekad Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad atau Cikgu Ariff dalam membina keluarga dan membangun masyarakat menerusi persuratan dan pendidikan.
"Saya laporkan kepada Panitia Kongres Persuratan Melayu Malaya Kedua (KPMM2) di Seremban tentang hasil risikan saya itu. Piagam KPMM fasal 2(a) membolehkan sesuatu atau beberapa pertubuhan menjadi satu, mengundang sekalian kerabat KPMM untuk bersidang.