Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
3

Tiba masa Sekolah Sukan susun strategi baru atasi cabaran terkini

Feb 08, 2014 | 06:00 AM

CABARAN yang diajukan Perdana Menteri Lee Hsien Loong supaya Sekolah Sukan Singapura menyemak strategi bagi meningkatkan lagi pencapaian memang tepat pada masanya. Ini kerana dalam sukan - walaupun Singapura telah menghasilkan juara, bukan sahaja pada peringkat serantau, malah di pentas dunia - ia tidak boleh berpuas hati. Kini atlit negara-negara jiran juga telah meningkatkan pencapaian masing-masing dan mencabar Singapura dalam acara yang dulunya dikuasai atlit setempat. Dalam renang misalnya, jaguh-jaguh kita kini telah dikalahkan atlit dari Vietnam dan Thailand. Oleh itu, wajar bagi Sekolah Sukan Singapura menyusun strategi baru. Sasarannya kini seharusnya bukan setakat kejayaan pada peringkat rantau, malah dunia.

Tentunya ia melibatkan peningkatan dan pengembangan program latihan, kerjasama dan persefahaman dengan sekolah, institusi pengajian dan persatuan sukan lain. Jika dulu Sekolah Sukan Singapura bersaing dengan sekolah lain, kini mereka perlu bekerjasama dan saling melengkapi bagi mencapai matlamat menghasilkan juara. Dari segi pembangunan atlit, ia juga perlu mempertingkat dan mereka program bagi membolehkan proses mencungkil dan melatih bakat setempat berterusan dan tidak berakhir setakat di bangku sekolah.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >