Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Tidak pernah terlalu awal membaca untuk anak anda

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Tidak pernah terlalu awal membaca untuk anak anda

Dec 21, 2020 | 05:30 AM

TIDAK pernah terlalu awal untuk mula membaca bersama anak anda.

Walaupun kebanyakan anak-anak kecil tidak dapat membaca bersendirian sehingga mereka bermula kesekolah, pembangunan asas di permulaan kehidupan mereka untuk mewujudkan tingkah laku membaca agak penting.

Pengasas Latihan dan Perundingan Safar, Cik Noretta Jacob, menjelaskan dengan membaca, ia dapat membuka pelbagai pintu kemungkinan bagi anak-anak kecil dalam masa akan datang.

Melalui Kelab Celik Huruf Safar, yang baru dilancarkan semasa tempoh pemutus litar (CB) tahun ini, Cik Noretta berharap dapat mendorong generasi muda untuk lebih suka membaca dan meningkat kemahiran mereka dari segi menulis.

Program dalam talian ini dijalankan untuk anak-anak berusia antara lima dengan tujuh tahun.

"Membaca memberi peluang bagi anak-anak berimaginasi. Ia bukan hanya meningkatkan pengetahuan tetapi membantu mereka memahami dunia di sekeliling mereka.

"Dengan itu, ia juga mengalakkan pemikiran kritikal dan meningkatkan daya imaginasi mereka supaya mereka membesar dengan kreatif.

"Selain itu, membaca juga mengajar mereka nilai-nilai moral dan empati ketika mereka membaca," kata Cik Noretta, yang berusia 37 tahun.

Namun, pakar pendidikan awak kanak-kanak itu berkata membaca baru-baru ini telah mendapat reputasi yang buruk.

Antara keprihatinan ramai ibu bapa kini termasuk anak-anak mereka tidak dapat menggabungkan perkataan, tidak berminat membaca dan tidak dapat membaca langsung.

Menurutnya, ini disebabkan ramai anak-anak kini melihat membaca sebagai tugas atau denda bagi mereka.

Oleh itu, Cik Noretta menjelaskan bahawa ia penting bagi ibu-bapa untuk mendorong dan mendedahkan anak-anak mereka kepada bahan bacaan yang berlainan.

"Saya sering berkata ibu bapa adalah pendidik pertama kita. Jadi saya rasa bahawa mereka perlu menjadi mangkin utama membaca di rumah.

"Jika ibu bapa membaca bersama mereka dan membuat kegiatan membaca itu menyeronokkan, anak-anak akan belajar bahawa ia adalah satu kegiatan yang baik untuk mereka.

"Berbanding kepada menyuruh anak-anak kami membaca sebagai satu denda ketika mereka melakukan sesuatu yang salah, kami perlu menukar corak pemikiran mereka untuk menjadikan aktiviti ini positif untuk anak-anak kita," kata ibu kepada dua orang anak itu.

Selain daripada membaca, Kelab Cilik Huruf Safar juga memberi tumpuan kepada aspek lain seperti kepada ejaan, tulisan, foniks serta aktiviti tunjuk dan ujar.

Bekerja dalam industri ini selama 15 tahun, Cik Noretta berharap dapat menyebarkan pengetahuannya kepada ibu bapa serta pendidik dalam masyarakat dalam masa akan datang.

"Saya gembira dan bersemangat untuk mendorong bukan hanya kanak-kanak tetapi ibu bapa dan pendidik juga.

"Dengan sumber-sumber pendidikan yang saya ada, saya berharap dapat menjangkau lebih ramai orang, agar kami dapat bersama-sama membangkitkan masyarakat kami untuk mendapatkan pendidikan yang baik pada usia yang kecil lagi," ujarnya.

Walaupun beliau kini hanya mempunyai seramai 10 pelajar dalam Kelab Celik Huruf Safar, beliau kini merancang untuk terus berkembang untuk menawarkan kelas bagi kanak-kanak berkeperluan khas yang memerlukan lebih banyak bantuan membaca.


"Membaca memberi peluang bagi anak-anak berimaginasi. Ia bukan hanya meningkatkan pengetahuan tetapi membantu mereka memahami dunia di sekeliling mereka.
Dengan itu, ia juga mengalakkan pemikiran kritikal dan meningkatkan daya imaginasi mereka supaya mereka membesar dengan kreatif.
Selain itu, membaca juga mengajar mereka nilai-nilai moral dan empati ketika mereka membaca."

- Cik Noretta Jacob, Pengasas Latihan dan Perundingan Safar.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3