Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

MEMPERINGATI 2 DEKAD PENANGKAPAN JI DI S’PURA

Tidak takut jalani latihan mencabar dan berbahaya di Johor dan Filipina

Dec 04, 2021 | 05:30 AM



PENGAKUAN HELMI, BEKAS ANGGOTA JI YANG DIJEMPUT JADI PENGEBOM NEKAD



BELIAU menjalani latihan fizikal yag mencabar dan berbahaya di Johor dan kem latihan Hudaibiyah di selatan Filipina, seringkali perlu mengendali senjata dan bahan letupan.



Encik Helmi (bukan nama sebenar) sedar bahawa beliau boleh cedera atau terkorban tetapi beliau tidak takut kerana rasa amat bersemangat ketika itu.



Menurutnya, beliau memasuki Filipina dari Malaysia secara tidak sah dengan bantuan seorang anggota Jemaah Islamiyah (JI) dari Malaysia sekitar Disember 1998 hingga Januari 1999 apabila diminta pucuk pimpinan JI untuk berlatih dan berjuang bersama Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).



Di Kem Hudaibiyah, beliau antara lain menjalankan tugas pengawal serta latihan peperangan gerila, membaca peta dan menjaga keselamatan diri di hutan.



Beliau juga menjalani latihan membina daya tahan untuk mempersiap diri sekiranya ditangkap Angkatan Bersenjata Filipina.



Namun apabila Kem Hudaibiyah diambil alih oleh Angkatan Bersenjata Filipina pada Julai 2000, Encik Helmi memutuskan untuk melarikan diri ke Malaysia untuk mengelak daripada ditangkap.



Beliau kemudian direkrut menyertai sebuah skuad khas yang dinamakan Fiah Upgrade, yang antara lain terlibat dalam rancangan untuk melancarkan serangan bom di pusat pemeriksaan imigresen Singapura dan ke atas paip air di sempadan antara Singapura dengan Johor.



Kumpulan itu merangkumi anggota JI yang pernah berlatih di Afghanistan atau Filipina, dan oleh itu mempunyai kemahiran untuk menyertai misi JI yang dianggap berbahaya.



Selepas serangan 911 yang berlaku di Amerika Syarikat pada 2001 dan operasi keselamatan oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap JI pada 2002, Encik Helmi sekali lagi melarikan diri, namun kali ini ke Thailand.



Di sana, seorang pemimpin kanan JI mengundangnya menyertai kumpulan bom bunuh diri Istimata.



Kumpulan itu ingin membalas dendam terhadap Singapura bagi penangkapan beberapa anggota JI di Singapura dan merancang melancarkan serangan bom di pusat pemeriksaan imigresen Singapura dengan merempuh sekatan keselamatan di sana menggunakan kereta yang diisi dengan bahan letupan.



Namun, rancangan itu dipatahkan Cawangan Khas Malaysia (MSB) pada lewat 2002 dan Encik Helmi ditangkap di Malaysia pada 2004.



Menurutnya, beliau sangat bimbang apabila diserahkan kepada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) di Singapura dan berhasrat untuk tidak bekerjasama dengan mereka kerana beliau fikir dirinya akan diseksa.



Namun, beliau terkejut apabila tidak dilayan dengan kasar oleh ISD yang disifatkannya sebagai profesional.



Lama-kelamaan selepas merenung tindakannya, Encik Helmi akhirnya berubah hati dan mula bekerjasama dengan pegawai kes, kaunselor agama dan pakar psikologi yang membantunya menjalani proses pemulihan.



"ISD memberi saya sokongan moral dan membuat saya sedar bahawa saya boleh dipulihkan dan kembali ke pangkuan keluarga.



"Saya juga sedar penglibatan saya dengan JI telah membuat keluarga saya menderita. Saya kesal perbuatan saya dahulu dan ingin berubah supaya dapat menjadi ayah yang baik kepada anak-anak dan suami yang dedikasi kepada isteri saya," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >