Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Timba pengalaman, ilmu teknologi Awan melalui Program Skills Ignition SG

Aug 02, 2021 | 05:30 AM



SETELAH diberhentikan kerja pada suku akhir 2020 kerana kemelesetan ekonomi, Encik Noraschid Abdul Ghani yang bekerja sebagai jurutera keselamatan rangkaian terpaksa mencari peluang pekerjaan lain.



Meski kecewa diberhentikan, Encik Noraschid tetap berfikiran positif dan mengambil kesempatan meluaskan pengetahuannya secara serentak melalui program latihan melalui dalam talian.



Mendapat tahu mengenai program Skills Ignition SG, beliau berkata ia merupakan peluang baik untuknya mendapatkan pengalaman 'hands-on' serta pengetahuan mengenai teknologi Awan (Cloud).



Walaupun tidak mempunyai latar belakang mengenai teknologi awan, Encik Noraschid, 48 tahun, dengan terbuka tetap bersedia memperolehi kemahiran baru melalui Skills Ignition SG.



"Saya, pada awalnya agak risau juga kerana saya tidak terfikir bagaimana saya akan dapat bertahan kerana perlu menyara keluarga serta mempunyai tanggungan lain.



"Tetapi saya tukar fikiran dan memikirkan sesuatu yang positif.



"Dalam industri teknologi yang sering berubah, sudah tentu inilah masa saya mempelajari perkara baru dan mungkin sesuatu yang saya belum pernah ceburi," katanya.



Skills Ignition SG merupakan satu program kerjasama antara Google, Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), dan SkillsFuture Singapore (SSG) dalam usaha menyokong Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited yang bertujuan memberi peluang latihan dan pengalaman bekerja kepada 3,000 warga Singapura yang tidak bekerja.



Dengan program ini dijalankan melalui dalam talian sepenuhnya selama enam bulan, Encik Noraschid menjelaskan beliau sebenarnya bimbang sekiranya ia akan menjejas pengalaman pembelajarannya.



Namun, setelah kelasnya bermula, dengan cepat beliau menyedari bahawa beliau tidak perlu berasa bimbang.



"Saya sebenarnya sudah lama tidak ke sekolah, apatah lagi menyertai kelas melalui dalam talian.



"Ia semua pengalaman baru bagi saya. Tetapi saya berterima kasih kerana pensyarah dapat mengajar saya dan rakan kelas saya dengan baik.



"Selain itu, terdapat juga kelas tutorial dengan kita dapat bertanya soalan sekiranya tidak pasti tentang sesuatu," katanya.



Bekerja dalam industri teknologi selama hampir 24 tahun, Encik Noraschid tetap menguji dan mendorong dirinya.



Baru-baru ini, bapa empat anak itu menduduki peperiksaan bagi mendapatkan pensijilan jurutera awan bersekutu dan merancang mengambil pensijilan arkitek awan profesional.



"Ilmu baru penting.Tidak kisah bagi yang muda atau tua.



"Saya berharap saya dapat menjadi contoh bagi anak-anak saya agar tidak putus asa dan selalu mencuba meningkatkan kemahiran atau pengetahuan dalam apa saja," katanya sambil menambah bahawa beliau kini sedang dalam proses mencari pekerjaan baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >