Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:13
Isyak
8:21

Tingkat kecergasan melalui tarian

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Tingkat kecergasan melalui tarian

Nov 13, 2021 | 05:30 AM

INGIN amalkan gaya hidup sihat tetapi tidak tahu hendak bermula dari mana?

D'Trio Dance Studio adalah antara yang menawarkan kelas tarian kecergasan bagi pelbagai lapisan usia, termasuk kanak-kanak.

Ia menyediakan ruang "mesra umpama rumah sendiri bagi jurulatih dan anggotanya yang berdedikasi untuk berseronok".

Justeru, ia mungkin sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam tarian dan kecergasan mahupun di tahap lanjut.

Studio yang dibuka awal tahun lalu itu terletak di Waterloo Centre.

Antara kelas yang ditawarkannya ialah Bollybeats Fitness, Bollywood Dance, Zumba Fitness, Bounce Dancefit, Poundfit, Piloxing dan Bbarreless.

Studio itu membariskan tenaga jurulatih terdiri daripada Cik Rozliana Aziz, Encik Samuie Tarjalia, Cik Natalie Nancy Tan dan Encik Mus Fitri Suhaimi.

Ia turut menyediakan sesi senaman dan tarian untuk acara korporat dan acara privet seperti kelas di kondominium atau khidnat koreografi perkahwinan.

Studio itu menawarkan pelbagai pakej bagi mereka yang ingin menjadi anggota.

Pakej Kelas - bagi anggota yang boleh menghadiri satu atau dua kali sesi seminggu - bermula pada harga $199 untuk 10 kelas.

Pakej Tanpa Had adalah bagi anggota yang ingin kerap menghadiri kelas dalam seminggu - berharga $189 sebulan.


D'TRIO DANCE STUDIO

Lokasi:

261 Waterloo Street #03-09, Waterloo Centre Singapura 180261

Waktu operasi:

Isnin hingga Jumaat - 11 pagi hingga 9 malam Sabtu - 9.30 pagi hingga 3 petang

Lungsuri laman web www.dtriodance.com atau hubungi 9699-0128

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3