Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tinjauan: Jangkaan niaga sektor perkilangan, perkhidmatan lebih positif

Tinjauan suku tahunan dikeluarkan secara berasingan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi, Jabatan Statistik
Jan 30, 2021 | 05:30 AM



FIRMA dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan menunjukkan jangkaan perniagaan yang positif selepas melalui satu tahun yang muram, dengan sentimen mereka dirangsang oleh permulaan vaksinasi Covid-19 di banyak negara.



Demikian menurut satu tinjauan suku tahunan terkini yang dikeluarkan secara berasingan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) dan Jabatan Statistik (SingStat) semalam.



Sekitar 36 peratus pengilang menjangka keadaan perniagaan lebih baik pada enam bulan pertama tahun ini berbanding dengan suku keempat 2020, manakala 4 peratus menjangkakan keadaan akan memburuk, menurut tinjauan EDB.



Justeru, secara keseluruhan, 32 peratus pengilang adalah optimis tentang ramalan perniagaan mereka.



Ini adalah kali pertama sektor itu memberikan ramalan positif keseluruhan sejak tinjauan itu diadakan sekitar permulaan 2020.



Turut menunjukkan trend serupa, sektor perkhidmatan menjadi optimis selepas memberikan sentimen kurang menggalakkan lebih setahun.



Sebanyak 21 peratus syarikat optimis tentang keadaan perniagaan, manakala 14 peratus syarikat adalah pesimis, kata tinjauan Singstat.



Dalam sektor perkhidmatan, beberapa industri menjangkakan keadaan perniagaan akan lebih baik pada separuh kedua tahun ini, berbanding tempoh Julai hingga Disember tahun lalu.



Ini adalah kewangan dan insurans, rekreasi, khidmat masyarakat dan peribadi, khidmat makanan dan minuman, dagangan runcit dan industri perhubungan dan maklumat.



Tetapi sektor seperti penginapan dan hartanah akan terus kurang optimis dalam ramalan perniagaan mereka ekoran sekatan gerakan global dan aturan bekerja dari rumah.



Semua kelompok perkilangan juga menjangkakan prospek perniagaan lebih baik pada separuh pertama tahun ini, berbanding dengan suku pertama.



Kelompok perkilangan biomedikal paling optimis, dengan 46 peratus firma menjangkakan sekitaran operasi yang menyokong.



Dalam kelompok itu, segmen farmaseutikal menjangkakan keadaan pasaran lebih baik seperti gangguan kepada rantai bekalan yang berkurangan.



Segmen teknologi perubatan turut menjangkakan lebih banyak tempahan bagi alat perubatan Covid-19 dan bukan Covid-19 pada jangka masa terdekat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >