Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SERANTAU

'Tok Mat' berdepan digantung seumur hidup

Sekiranya Presiden Persatuan Sepak Takraw M'sia itu didapati bersalah jatuhkan reputasi Astaf
Apr 16, 2021 | 05:30 AM



PRESIDEN Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Ahmad Ismail, mungkin berdepan penggantungan seumur hidup daripada terbabit dengan sebarang kegiatan sepak takraw jika didapati bersalah menjatuhkan reputasi Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf).



Presiden Astaf, Abdul Halim Kader, menjelaskan 'Tok Mat' tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan dalam persatuan itu sehingga kes perbicaraannya selesai.



Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Astaf, Ahmad dikenakan empat pertuduhan, sekali gus menyebabkan beliau berdepan penggantungan, digugurkan keahlian, denda, penggantungan seumur hidup atau kombinasi beberapa hukuman jika didapati bersalah.



Salah satu tuduhan ke atasnya adalah melanggar artikel 5.5. menerusi kenyataan bertulis pada 24 Februari lalu kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bagi tujuan mendapatkan campur tangan kedua-dua badan itu dalam sesi pemilihan Kongres Astaf pada 1 Mac lalu.



Sebaik selesai pemilihan, Tok Mat mendakwa terdapat penipuan ketika kongres berlangsung sejurus beliau di samping beberapa calon PSM lain tewas dalam perebutan jawatan masing-masing selain tidak menolak kemungkinan membawa perkara itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).



Malah, Ahmad yang tewas dalam persaingan kerusi nombor satu Astaf itu tidak menolak kemungkinan akan membawa perkara berkenaan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).



Menjawab pertanyaan Berita Harian kelmarin, Halim berkata tindak-tanduk serta kata-katanya "merendahkan dan menghina kepimpinan Astaf".



Beliau diberi tempoh selama 14 hari untuk memberi maklum balas berkenaan hukumannya sebelum badan induk sepak takraw Asia itu membuat keputusan ke atas keempat-empat pertuduhan yang dikenakan, sekali gus berkemungkinan beliau digantung dalam satu tempoh masa, digugurkan keahlian, didenda, digantung seumur hidup atau kombinasi beberapa hukuman sekiranya disabit kesalahan.



"Dia telah mencemari sukan sepak takraw yang sepatutnya dipromosikan.



"Sedangkan pada 14 Mac 2008, PSM yang diketuainya, telah berjanji akan mematuhi matlamat Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) dan perlembagaan Astaf serta menyokong kedua-dua badan induk itu," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >