Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tokoh agama masjid tidak jemu turunkan ilmu

Mar 25, 2022 | 05:30 AM



PENDIDIKAN agama yang diperolehi seorang anak didik itu pasti datang daripada keberkatan ilmu seorang guru agama. Oleh itu, Masjid Hasanah sangat menghargai jasa tokoh agama masjid itu, Ustaz Hassan Ibrahim, yang tidak pernah putus asa mengajarkan ilmu agama kepada masyarakat Islam.



Ustaz Hassan mengambil keutamaan mengajarkan ilmu agama daripada sebuah hadis daripada Abu Mas'ud Uqbah bin Amir Al Anshari ra, ia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:



"Barangsiapa yang menunjuk kepada kebaikan maka dia akan mendapat pahala seperti pahala orang mengerjakannya." (Hadis Riwayat Muslim)



Terus bersemangat mencurah ilmu agama, Ustaz Hassan merupakan salah seorang penceramah yang aktif di Masjid Hasanah bagi kuliah subuh. Beliau juga salah seorang anak murid Kiyai Syukur Sulaiman yang menjadi pengasas Masjid Hasanah.



Ustaz Hassan dilahirkan di Kampung Tebing Terjun pada 1954. Beberapa bulan selepas kelahirannya, bapa beliau pulang ke rahmatullah. Ustaz Hassan kemudian dijaga bapa tirinya, Almarhum Awang Hassan, yang juga dikenali dengan nama samaran 'Awang Dewa'. Awang Dewa salah seorang Penghulu Kampung yang berpengaruh di daerah tersebut, sebelum kawasan Taman Teban dibangunkan.



Walaupun kini telah menjangkau usia 68 tahun, Ustaz Hassan masih giat mengajar ilmu agama. Beliau juga salah seorang penduduk kampung Java Teban yang aktif serta sering membantu kegiatan Masjid Hasanah, termasuk kerjasama dengan ahli jawatankuasa Masjid Hasanah bagi pengumpulan dana.



Sewaktu usia 16 tahun, Ustaz Hassan menyaksikan bagaimana perkembangan prasarana kawasan Taman Teban (Teban Gardens) yang diubah suai serta dibangunkan daripada suasana kampung kepada suasana bandar.



SUASANA PENDUDUK DALAM ERA PEMBANGUNAN



Menurut Ustaz Hassan, pada masa itu, semua penduduk daripada 11 pulau disatukan menjadi sebuah kampung yang dinamakan Kampung Selaras. Penduduk kemudian ditempatkan sementara di Kampung Selaras yang mempunyai angka ganjil iaitu Selaras 1, Selaras 3, Selaras 5, Selaras 7, Selaras 9 dan Selaras 11, sebelum mereka dipindahkan semula ke Kampung Java Teban iaitu kawasan perumahan oleh Perbadanan Bandar Jurong (JTC).



PENDEKATAN DAN HARAPAN



Ustaz Hassan mengambil pendekatan membantu penduduk di situ meningkatkan ilmu agama, terutama fardu ain bagi memastikan penduduk mendapat ajaran Islam sebaiknya.



Pada ketika itu, anak muridnya berusia antara 30 tahun dengan 54 tahun. Bererti, mereka sekarang sudah pun menjangkau usia lebih daripada itu. Berkat kesabaran Ustaz Hassan sebagai pembimbing, seramai 68 pelajar mendapat pendidikan asas ajaran Islam sebenar daripada beliau, termasuk golongan belia pada zaman perkampungan itu.



Ustaz Hassan menekankan agar peranan masjid sebagai pusat menimba ilmu diteruskan buat selamanya. Beliau juga berharap sikap toleransi dan gotong-royong diterapkan supaya masjid sentiasa makmur dan terjaga.




CARA HULUR DERMA



  • PayNow ke UEN: S70MQ0042B

  • Pemindahan wang ke dalam akaun OCBC: 591-070164-001 Isikan di ruang 'bill reference' dengan "wakaf" atau "Infaq".

Jika inginkan resit, isikan borang di www.linktr.ee/hasanahmosque.



  • Melalui cek atas nama "LPM Hasanah"

Poskan ke Masjid Hasanah, 492 Teban Gardens Rd, Singapura 608878.



Tuliskan nama, alamat dan nombor telefon di belakang cek.



  • Infak barang kemas & pengambilan derma $500 ke atas dari rumah

- Hubungi pejabat masjid di talian 6561-7990 untuk janji temu.



- Melalui kaunter pejabat: Isnin-Khamis (9.30 pagi - 5 petang), Jumaat (2 petang - 5 petang), Sabtu & Ahad (12 tengah hari - 3 petang).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >