Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MENANGANI KRISIS DAN KEMELESETAN: Transformasi digital SME, warga emas

Pondok Abang raih 5% jualan tambahan melalui e-dagang

Oct 21, 2020 | 05:30 AM



Singtel baru-baru ini mengumumkan pakej penjagaan masyarakat bernilai $3 juta untuk menyediakan ruang digital inklusif dan menutup jurang digital yang menjadi ketara sejak Covid-19 melanda. Pakej itu bertujuan membantu dua golongan - warga emas dan Pusat Perniagaan Kecil dan Sederhana (SME) tradisional. Berita Harian mewawancara dua orang yang telah mendapat manfaat daripada pakej penjagaan itu.



DENGAN peningkatan digitalisasi perniagaan di tengah-tengah pandemik Covid-19, beberapa syarikat tradisional mungkin berasa sukar beralih ke wadah digital.



Namun, ada orang dan perniagaan menggunakan peralihan ke wadah digital, walau menghadapi cabaran, sebagai peluang mendapatkan sumber pendapatan alternatif untuk bertahan dalam tempoh mencabar ini.



Pemilik syarikat makanan beku Pondok Abang, Encik Mohd Hasan Abdul Rahman, berkongsi bahawa semasa tempoh pemutus litar jangkitan Covid-19, wadah e-dagangnya menghasilkan aliran pendapatan tambahan sebanyak 5 peratus.



Menurut Encik Hasan, beliau sebenarnya mempunyai rancangan meluaskan perniagaannya ke Malaysia dengan sebuah kilang baru di Johor Baru.



Namun, disebabkan sekatan sempadan yang dilaksana sekarang, peniaga berusia 30 tahun itu tidak dapat meneruskan rancangan tersebut dan perlu mencari alternatif.



"Mungkin bagi sebahagian orang, 5 peratus tidak banyak. Tetapi bagi saya, ia peluang baru untuk mengembangkan perniagaan saya.



"Sebelum ini saya sudah pun mempunyai rancangan cuba menjual dalam talian. Keadaan Covid-19 ini mendorong saya memberi tumpuan pada e-dagang saya dan mendapat lebih ramai pelanggan langsung," ujarnya, sambil menambah bahawa ramai orang kini membeli produknya melalui e-dagangnya.



Sekarang, produk Pondok Abang boleh dibeli dalam talian, di beberapa kedai beku halal dan 50 cawangan pasar raya FairPrice di seluruh Singapura.



Melalui inisiatif baru 'Lets Get Digital' yang dilancarkan Singtel, syarikat kecil dan sederhana (SME) seperti Pondok Abang boleh mendapat bantuan dalam proses pendigitalan dan melaksana huraian digital yang sesuai untuk terus bertahan sepanjang masa mencabar ini.



Menurut Encik Hasan, beliau menerima subsidi untuk mendapatkan tiga laptop bagi membolehkan beliau dan pekerjanya berkomunikasi dan berkolaborasi dengan selamat ketika bekerja dari rumah.



Selain itu, beliau telah beralih daripada talian analog kepada digital yang lebih murah.



"Laptop yang kami dapat amat berguna, terutama bagi kakitangan yang tidak perlu datang ke ofis. Mereka dapat terus bekerja dari rumah sambil mengelak daripada bergaul dengan pekerja lain.



"Dalam keadaan tidak menentu, sebagai perniagaan, kami perlu berwaspada dan memikirkan tentang mengurangkan kos sebanyak mungkin. Sekiranya kami dapat mengurangkan kos dengan menukar ke wadah digital, kami akan melakukannya," kata beliau.



Walaupun perjalanan itu mencabar, Encik Hasan berkata adalah penting bagi beliau terus menyesuaikan perniagaan dengan keadaan.



"Keadaan semakin pulih di Singapura dan perniagaan juga semakin baik. Sekarang kami perlu mempunyai sikap positif dan memikirkan cara kami dapat terus mengekalkan pelanggan kami dalam talian," katanya.




"Mungkin bagi sebahagian orang, 5 peratus tidak banyak. Tetapi bagi saya, ia peluang baru untuk mengembangkan perniagaan saya. Sebelum ini saya sudah pun mempunyai rancangan cuba menjual dalam talian. Keadaan Covid-19 ini mendorong saya memberi tumpuan pada e-dagang saya dan mendapat lebih ramai pelanggan langsung... Dalam keadaan tidak menentukan, sebagai perniagaan, kami perlu berwaspada dan memikirkan tentang mengurangkan kos sebanyak mungkin. Sekiranya kami dapat mengurangkan kos dengan menukar ke wadah digital, kami akan melakukannya."
- Encik Mohd Hasan Abdul Rahman, pemilik syarikat makanan beku Pondok Abang, yang meluaskan perniagaannya melalui e-dagang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >