Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

TWG Tea, Bacha Coffee akan berada bawah naungan V3 Gourmet Group

Oct 26, 2021 | 05:30 AM



PENGASAS kumpulan produk gaya hidup, V3, Encik Ron Sim, akan bergabung tenaga dengan rakan niaga lamanya, Encik Taha Bouqdib untuk menubuhkan syarikat, V3 Gourmet Group.



Usaha sama baru itu akan menyaksikan pelaburan lebih AS$100 ($134) juta bagi pertumbuhan, memberi tumpuan kepada jenama dalam sektor makanan dan minuman serta runcit gourmet.



Sebagai permulaan ia akan menempatkan jenama runcit, TWG Tea dan Bacha Coffee di bawah naungannya, menurut The Business Times.



TWG diasaskan bersama oleh Encik Taha manakala Bacha juga dimiliki bersama olehnya.



Kededua jenama itu akan terus beroperasi secara bersendirian.



Encik Sim pula akan menjadi pengerusi V3 Gourmet dan Encik Taha akan menjadi ketua eksekutifnya.



Menurut Encik Sim, sebab di sebalik langkah itu ialah Asia secara umumnya mempunyai kuasa membeli yang lebih tinggi dan penduduk di rantau ini semakin tertumpu kepada mutu kehidupan.



"Kemewahan yang dimampui mempunyai potensi besar," ujar beliau sambil menambah bahawa TWG Tea dan Bacha adalah produk bermutu yang berkonsep dan berkedudukan baik.



Encik Sim dan Encik Taha turut menarik perhatian bahawa pandemik tidak menjejas penggunaan barangan mewah.



Sebaliknya, Encik Taha berkata orang ramai mempunyai tahap penghargaan lebih tinggi terhadap barangan mewah yang dimampui, bermakna ia adalah masa yang tepat untuk "V3 Gourmet berada dalam pasaran".



Menurut kededuanya lagi, mereka telah melabur banyak wang ke dalam kededua jenama tersebut sejak sedekad lalu, tetapi enggan memberikan butiran mengenai saham atau pelaburan yang terperinci dalam V3 Gourmet.



Penglibatan V3 dalam TWG bermula pada 2011, apabila V3 melabur $31.4 juta untuk pegangan sebanyak 35 peratus dalam TWG.



Sejak beberapa tahun lalu, V3 terus melabur dalam TWG dan menaikkan sahamnya dalam syarikat itu.



Encik Sim dan Encik Taha berkata adalah sukar untuk menyatakan secara pasti jika semua jenama di bawah V3 Gourmet akan menjadi rangkaian penuh.



Menurut mereka, jenama yang mempunyai "ciri-ciri tradisi, legasi dan satu tahap ketukangan", akan menjadi tumpuan mereka untuk diluaskan di peringkat global.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >