Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
0

SAJAK

Umpama Siasah Manusia Serangga

Jun 26, 2022 | 05:30 AM

Sekarang kubiarkan saja kakiku mencari arah
lapan sayap angin tumbuh di badanku
terasa semut-semut kerana tidur yang berpanjangan
setiap langkah yang bertentangan berdepan jalan kebingungan
aku lihat segala busut dan bukit perlindungan telah kau ratakan
"Ini hadiah untuk mereka yang menghalang kemajuan."
tapi aku dan mereka tidak lagi memandang mentari yang terbenam
entah siapa lagi yang masih rindukan bulan purnama.

Aku tahu kupu-kupu masih bergantungan di bilik persidanganmu
yang kau sorokkan bersama keburukan dan kesilapan masa lalu
kau mengajar kami supaya bangga dan per caya pada setiap arca buatanmu
di kotak TV, kamar tidur dan segala tipu helah tentang sayap-sayap terbang
kau memang pintar berhujah hujat yang berat menjadi ringan
percayalah, ahli pemikir telah bersatu dengan pembuat mimpi
"Kau dan mereka harus bekerja seperti anai-anai."
kami pun meratah berita-berita sensasi yang kau beri
sarapan kepalsuan yang sudah basi
lebih mematikan akal dari racun serangga.

Sekarang kubiarkan saja tanganku mengumpul daun kering
empat giliran musim menggoncang setiap ranting dan dahanku
ternyata hanya igauan kerana kepalaku adalah sarang semut
maka itu aku tidak mampu tidur berpanjangan lagi
kerana kami semua sudah menjadi serangga yang berjaga dan berkerja
tuan-tuan yang berkuasa pun tidak pernah berdiam diri
"Ini demokrasi baru-demokrasi semut api." Cukup bernafsu-nafsi
kau pun mengajak kami melupakan kesilapan masa silam
berganding bahu menunjukkan kelicikan lipas mampu bertahan berzaman
tentang serangga lain yang dulu kau benci separuh mati
yang masih tinggal dalam busut dan bukit
kebimbanganmu menjadi virus berjangkit
selagi kami masih bersungut dan mampu menggigit.

Hamed Ismail

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3