Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:20
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENGORBANAN demi ANAK dan KELUARGA

Undur diri dari NAC, jadi pekerja bebas dek sayang anak

Mar 21, 2021 | 05:30 AM



SEBAGAI seorang ayah, keperluan dan kesejahteraan tiga anaknya amat dititikberatkan oleh Encik Saiful Amri Ahmad Elahi.



Lantaran itu, beliau tidak sedikit pun berfikir dua kali apabila terpaksa meninggalkan pekerjaan sepenuh masa agar dapat menjaga anak-anaknya dengan sebaiknya.



Setelah menyumbang kepada sektor seni setempat selama lapan tahun, Encik Saiful Amri, 43 tahun, membuat keputusan mengundurkan diri daripada tugasannya sebagai pegawai kanan dalam seni kemasyarakatan di Majlis Seni Kebangsaan (NAC) pada 2015 dan beralih kepada pekerjaan bebas.



Membuat keputusan itu enam tahun lalu, Encik Saiful Amri dan isterinya, Cik Masrina Abu Bakar, pengawal trafik udara, berasa adalah penting untuk salah seorang daripada mereka di rumah untuk menjaga anak-anak daripada mendapatkan khidmat seorang pembantu.



"Kededua ibu saya dan arwah ibu mentua saya telah membantu menjaga anak pertama dan kedua kami.



"Tetapi, semasa kami mempunyai anak bongsu kami, ibu mentua saya sudah meninggal dunia dan ibu saya juga kian lanjut usia.



"Maka, kami membuat keputusan untuk menjaga anak-anak kami sendiri kerana tidak selesa mempunyai seorang pembantu.



"Oleh kerana saya berkecimpung dalam bidang seni dan sudah biasa melibatkan diri dalam projek-projek persembahan seni biarpun semasa mempunyai pekerjaan sepenuh masa, saya fikir ia lebih senang untuk saya menjadi pekerja bebas daripada isteri saya.



"Lagi pun, sebagai pengawal trafik udara, isteri saya tidak boleh bekerja dari rumah," jelas Encik Saiful Amri.



Justeru, pelakon, penulis dan kini penerbit buat penerbitan seni itu, akan mengurus mesyuarat, janji temu atau latihan teater menurut jadual isterinya yang bekerja syif dan anak-anaknya.



"Sejauh ini, saya selesa bekerja secara bebas kerana saya masih dapat melakukan apa yang saya minati dan pada masa yang sama, berpeluang melihat anak-anak saya membesar di depan mata.



"Mereka bertuah kerana selalu ada ibu atau bapa di rumah," kata Encik Saiful Amri, lulusan diploma dalam pengkhususan pengurusan acara dan seni dari Politeknik Temasek.



Sementara itu, mengulas tentang bagaimana keputusan Encik Saiful untuk menjadi pekerja bebas telah membantu beliau dalam pekerjaannya, Cik Masrina berkata:



"Saya dapat fokus terhadap kerja dan pengajian saya apabila saya tahu bahawa semua perihal rumah terjaga dengan baik oleh suami saya."



Pada tahun-tahun awal Encik Saiful Amri menjadi pekerja bebas, beliau perlu menjaga anak bongsunya yang masih bayi.



Kini, antara rutin harian Encik Saiful Amri ialah untuk menyiapkan anak bongsunya untuk ke pusat penjagaan kanak-kanak dan sedaya upaya cuba untuk berada di rumah apabila anak sulung dan ank keduanya pulang rumah dari sekolah.



Beliau kemudian akan membantu anak-anaknya dengan kerja sekolah selepas mereka makan tengahari.



"Anak sulung dan anak kedua saya lebih berdikari, manakala anak bongsu sudah bersekolah.



"Jadi, saya lebih senang mengimbangi pekerjaan bersama masa bersama anak-anak. Kami juga lebih kerap makan malam bersama," kata Encik Saiful Amri, yang membahagikan tugas pengurusan rumah tangga bersama isterinya.



Berkat pengorbanan beliau bekerja dari rumah, isterinya berpeluang melanjutkan pendidikannya secara jarak jauh dalam bidang Pengurusan Penerbangan di Universiti Massey dari New Zealand pada 2020.



Namun, Encik Saiful Amri akur sebagai pekerja bebas, pendapatannya bergantung pada jumlah projek yang beliau perolehi setiap bulan.



"Ada kalanya, saya dapat pendapatan berlebihan dan ada kalanya, pendapatan saya kurang sedikit. Tetapi secara keseluruhan, saya bersyukur dapat mencari rezeki dan pada masa yang sama, dapat melihat anak-anak membesar," kata Encik Saiful Amri.



Dalam pada itu, beliau juga belajar untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan klien atau rakan kongsi serta mengekalkan hubungan dengan lebih baik.



"Saya bersyukur dengan rezeki yang ada dan sokongan keluarga terhadap keputusan saya untuk menjadi pekerja bebas.



"Sejak awal lagi, niat saya ialah untuk memberi tumpuan pada keluarga dahulu dan dengan niat ini, insya-Allah, kami dapat hidup dengan selesa," tambahnya.




"Saya bersyukur dengan rezeki yang ada dan sokongan keluarga terhadap keputusan saya untuk menjadi pekerja bebas. Sejak awal lagi, niat saya ialah untuk memberi tumpuan pada keluarga dahulu dan dengan niat ini, insya-Allah, kami dapat hidup dengan selesa.''
- Encik Saiful Amri Ahmad Elahi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >