Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Undur diri dengan album terakhir selepas 3 dekad harungi dunia hiburan

Nov 14, 2021 | 05:30 AM



MASIH segar diingatan wartawan ketika membuat liputan Asia Bagus Grand Final Kedua di Tokyo, Jepun pada 1991 dan menyaksikan sendiri kehebatan bakat muda Singapura Sheikh Haikel dan Ashidiq menggegarkan pentas antarabangsa sebagai wakil finalis Singapura.



Kehebatan mereka berhip hop dengan gaya yang cantik dan persembahan yang disusun kemas membawakan lagu berjudul Tequila menambat hati panel juri Asia termasuk Thailand, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Jepun. Penonton di Tokyo juga memberi sorokan hebat.



Duo Singapura yang juga dikenali sebagai Contruction Sight itu kemudian diangkat sebagai Juara Asia Bagus - pertandingan terbitan Fuji Television yang menggunakan format dengan panel juri memberi komen sebelum memberi pemarkahan - jauh sebelum format serupa digunakan dalam rancangan-rancangan hiburan antarabangsa seperti American Idol dan Britain Got Talent.



Sejak itu Sheikh Haikel dan Ashidiq menjadi kebanggaan Singapura sehingga rap diterima baik ketika era lagu-lagu rok kapak dan lagu-lagu Nusantara masih menguasai pasaran.



Kemudian sementara Ashidiq dikhabarkan menetap di luar Singapura untuk meneruskan pendidikan, Haikel terus mencipta nama sebagai rapper solo.



Keunggulan dan keberaniannya meneroka pembaharuan dalam muzik hip- hop telah menjadikan beliau sebagai rapper yang sangat berpengaruh sehingga digelar "God Father of Hip Hop" di Singapura.



Kini setelah tiga dekad mengharungi dunia hiburan, dengan antara lain sempat berlakon filem Army Daze (2006), menjadi deejay radio untuk stesen 98.7FM, Breakfast Show di stesen 91.3FM pada 2008 dan banyak persembahan penerbitan empat album penuh dan tujuh single. Haikel mengumumkan akan mengundurkan diri daripada kerjaya hiburan.



Dalam satu kenyataan akhbar yang disiarkan awal minggu, Haikel berkata dengan pelancaran Finale Album dengan lagu cover So I Say What's Up bersama Charlie Lim, ia merupakan ole-ole terakhirnya dalam pembikinan album.



"Cukuplah sampai di sini. Saya undurkan diri daripada kerjaya ini. Tetapi saya akan tetap hadir dalam industri hiburan mungkin sebagai mentor sahaja, apabila diperlukan," kata Sheikh Haikel.



Beliau sebelum ini turut popular di Malaysia sehingga pernah diundang menjadi juri rancangan Gegar Veganza, Mega Lawak,berlakon dalam siri drama Gerak Khas dan berduet dengan Datuk Siti Nurhaliza dalam satu pementasan gah.



Sebab utama beliau mengundurkan diri ialah kerana beliau mahu memberi sepenuh perhatian dengan dunia perniagaan, terutama dalam menghala masa depan rangkaian restoran halal di bawah syarikat pengurusannya, Soul Food Collective.



Selain itu beliau juga telah memulakan jenama gaya hidup, "Hitchen" dengan kerjasama Gushcloud International - dengan menerbitkan rancangan memasak bersama cef-cef dari pelbagai negara untuk mengetengahkan sajian-sajian halal di wadah antarabangsa.



Sheikh Haikel melihat fokusnya terhadap bidang makanan halal sebagai kesinambungan kerja seni yang diteroka ke peringkat global.



"Apa yang saya buat adalah sebagai meraikan hubungan yang tidak ternilai yang dibina dalam industri muzik selama tiga dekad yang lalu.



"Menjadi sinonim dengan sejarah Hip Hop di Asia Tenggara, saya adalah saksi kepada perkembangan hebat yang luar biasa di beberapa aspek di dunia ini," ujarnya yang juga mengendalikan restoran Fat Papas.



Dan beliau melihat usaha yang sama dibawa ke bidang perniagaan makanan yang diceburinya.



Finale Album itu akan menampilkan beberapa artis yang beliau percaya merupakan bakat-bakat hebat yang wajar mendapat perhatian dan penghormatan. Ini termasuk pemuzik, penulis lirik, pencerita muzik dan mereka yang terlibat dalam kerja-kerja belakang tabir sebuah produksi muzik.



Album itu akan mempunyai 10 lagu dengan empat daripadanya pernah dilancarkan hasil kolaborasi dengan seniman tempatan lain. Ini termasuk bersama pemuzik Charlie Lim. Aisyah Aziz, Shigga Shay dan Faris Jabba.



Beliau juga menampilkan Joe Flizzow, artis hip-hop terkenal dari Malaysia. Turut ditampilkan ialah artis hip-hop Ezekiel (Zeke/Flightsch) yang sebelum ini pernah berkolaborasi dengan artis-artis Taiwan dan Asia Tenggara.



Selain daripada memantapkan diri dalam dunia perniagaan, beliau juga mahu memberi tumpuan kepada keluarga.



Haikel yang telah berkahwin dengan bekas pelakon, Anna Belle Seri Ayu Francis, selama 21 tahun, mempunyai tiga orang anak kini berusia 18, 17 dan tujuh tahun.



Apa pun yang dilakukan, Sheikh Haikel tetap akan berpegang kepada prinsip yang sama:



"Jangan pernah kata tidak, mungkin, tetapi, seandainya atau tengok dulu.



"Selalu berkata Yeah, Pasti, Jangan ragu dan akan dilakukan."




"Cukuplah sampai di sini. Saya undurkan diri daripada kerjaya ini. Tetapi saya akan tetap hadir dalam industri hiburan mungkin sebagai mentor sahaja, apabila diperlukan."
- Sheikh Haikel.




Album penuh Sheikh Hakeil:



• For Sure

• For Sure Too

• 10.10.10

• When In Doubt



Singles



• To the World Cup

• Eh Lah

• S.S (Short shorts)

• Shock the World (G-Shock),

• Better Than Yesterday

• The Original Paradise- (Scoot)

• I Got An Anthem




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >