BCG Digital Ventures telah bekerjasama dengan syarikat berbilang negara makanan dan pertanian setempat, Olam untuk membina satu wadah khidmat petani bernama Jiva.
Ini dilakukan di bawah wadah Pencetus Usaha Inovasi Korporat, yang akan dirintis tahun ini.
Wadah Jiva yang dibangunkan itu akan membantu petani di negara membangun untuk meningkatkan penghasilan tanaman, kredit akses dan berhubung secara langsung dengan pembeli.
Usaha sama ini akan membantu memenuhi permintaan makanan global sementara meningkatkan pendapatan para petani, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat yang berkunjung ke studio usaha sama tersebut baru-baru ini.
Menerusi wadah Jiva, petani kecil-kecilan antara lain boleh menghasilkan pertanian lebih berkesan dan mampan serta membeli barangan pertanian seperti benih dan baja pada harga pasaran yang adil.
Selain itu, mereka juga boleh membuat pinjaman bagi membiayai pertumbuhan ladang serta menjual hasil pertanian secara langsung kepada pembeli yang melibatkan pendigitalan beberapa aspek penting rantai bekalan pertanian dengan keupayaan dalam hingga luar talian.