Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Usaha BH menjolak bahasa dan sastera Melayu

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
0

Malam Sastera Berita Harian

Usaha BH menjolak bahasa dan sastera Melayu

Jun 10, 2014 | 06:11 PM

USAHA akhbar ini menganjurkan Malam Sastera Berita Harian pada 6 Jun lalu mendapat reaksi positif ramai.

Sedang ada yang menyarankan acara seperti itu harus diadakan setiap tahun, ada pula berpendapat ia harus diadakan pada skala lebih besar dengan menghimpunkan lebih ramai penyair dan sasterawan dari dalam dan luar negara.

Malam Sastera Berita Harian membariskan tokoh-tokoh besar persuratan Melayu, yang antaranya penerima Pingat Budaya dan Anugerah Tun Seri Lanang, seperti Suratman Markasan, Djamal Tukimin, Nadiputra dan Isa Kamari.

Selain mereka, penyair lain yang turut menyerikan acara termasuklah Adi Rahman, Asnida Daud, Azmi Juhari bersama kumpulan penari Azpirasi pimpinannya, Haji Maarof Salleh dan Rohman Munasip.

Berita Harian turut menonjolkan empat penyair mereka - Nurul Ain Razali, Chairul Fahmy Hussaini, Hanim Mohd Salleh dan Mohd Raman Daud.

Acara yang diadakan di Auditorium SPH di Toa Payoh North ini dinikmati sekitar 200 hadirin.

Ikuti klipnya di sini: http://beritaharian.sg/gah/sastera/usaha-bh-menjolak-bahasa-dan-sastera…

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3