Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:13
Isyak
8:21

Usahawan muda, 'rapper' legenda gabung tenaga majukan seni S'pura

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Usahawan muda, 'rapper' legenda gabung tenaga majukan seni S'pura

Karyawan kewangan Indra Sofian dan artis hip hop Daly Filsuf buka syarikat seni
Aug 07, 2021 | 05:30 AM

KARYAWAN kewangan yang meminati bidang seni, Indra Sofian, kepingin melihat bakat muzik setempat berkembang maju dengan daya usaha dan kemudahan yang dapat menyokong kerja seni mereka.

Berbekalkan iltizam tersebut, beliau bergabung tenaga dengan rapper legenda Singapura, Daly Filsuf, bagi membuka khidmat seni, studio rakaman dan kelengkapan audio, foto dan video di bawah tiga jenama, The Mad Collective, The Mad Lab Audio dan The Mad Studios.

Studio mereka terletak di #05-05, Novelty Techpoint di New Industrial Road.

Indra, 25 tahun, merupakan pengarah eksekutif syarikat ini manakala Daly, 48 tahun, adalah pengarah operasinya.

Pada masa yang sama, Indra, siswa lulusan kewangan dan pemasaran, mempunyai dua lagi syarikat iaitu firma kewangan dan lombong emas, IS Capital Holdings Pte Ltd serta syarikat dagangan Draveen Distributions.

Ikuti wawancara bersama kedua-duanya.

Soalan (S): Mengapa mengambil keputusan bagi membuka studio rakaman ini? Apa antara cabarannya?

Indra: Saya mempunyai minat dalam bidang seni sejak kecil lagi. Pada usia 16 tahun, saya ditawarkan biasiswa bagi melanjutkan pengajian dalam bidang seni halus di sebuah sekolah seni di Singapura.

Di atas sebab peribadi, saya bagaimanapun tidak dapat melanjutkan impian saya itu.

Walaupun tidak dapat mencapai impian ke sekolah seni, saya ingin beri peluang buat bakat muda di Singapura agar meraih sokongan dan pekerjaan dalam bidang seni menerusi khidmat kami.

Visi kami adalah bagi menggandingkan bakat berpengalaman dalam dunia seni dengan bakat muda baru.

Bakat muda lebih cenderung dengan trend semasa dan konsep segar serta penggunaan media sosial manakala yang berpengalaman mampu merealisasikan impian dan melaksanakan rancangan dengan lebih baik lagi.

Kalau disatukan kedua-duanya, pastinya ada semacam satu keajaiban yang berlaku.

Dari segi cabaran pula, memandangkan kami adalah syarikat baru, kami perlu meyakinkan pelanggan akan kebolehan dan mutu khidmat yang kami boleh berikan kepada mereka.

Kami ingin memberi motivasi dan membina ekosistem buat pekerja Mad Collective.

Semua idea kreatif pelbagai lapisan pekerja perlu disatukan.

S: Mengapa memilih lokasi studio di Novelty Techpoint di New Industrial Road?

Indra: Saya percaya bahawa ekosistem dan dinamisme sesebuah syarikat itu memainkan peranan penting terutamanya dalam syarikat kreatif dengan tuntutan pekerja bertugas pada masa yang panjang.

Lokasi yang dipilih juga harus sesuai dengan ruang yang luas bagi memenuhi keperluan pelanggan dan keselesaan pekerja.

Saya memilih ruang megapuri atau 'penthouse' dua tingkat di mana semua khidmat boleh ditempatkan di bawah satu bumbung.

S: Apakah khidmat yang ditawarkan dan bagaimana ia membantu anak seni kita?

Indra: Di bawah naungan The Mad Collective, terdapat The Mad Lab Audio yang menawarkan khidmat penerbitan audio dan muzik, yang dipimpin Daly dan Faris Zainuddin.

Ada juga The Mad Studios yang menawarkan khidmat fotografi, videografi, penyewaan ruang dan pengurusan acara yang dipimpin oleh Jade Amelia dan Karl.

Selain harga berpatutan, dan potongan harga yang diberikan kepada pelajar sekolah seni Singapura, kami juga mengadakan kursus secara percuma buat anak-anak muda terutamanya pelajar sekolah yang kami rasa berpotensi dan berbakat untuk menimba pengalaman dan ilmu demi mengembangkan bakat mereka.

Di The Mad Collective, kami juga mempunyai ruang di mana kami memaparkan karya seni dan lukisan pelajar-pelajar Singapura untuk dijual. Ini adalah inisiatif yang diambil bagi memberi sokongan kepada masyarakat seni di Singapura.

S: Siapakah yang sudah memanfaatkan studio anda?

Indra: Khairuddin Samsudin, Olynn Salleh, Erwin Shah Dawson, Razi Salam dan pengarah drama Dualiti, Adara Pictures, Yaz Media Production, peguam, pekerja korporat, pelajar seni dan individu lain.

S: Apakah yang diperlukan bagi mengekalkan khidmat studio ini?

Indra: Kami perlu memupunyai fikiran terbuka dan berani mencuba sesuatu yang baru.

Selain pelanggan Melayu, kami juga memberi tumpuan kepada pelanggan bukan Melayu.

Misalnya, baru-baru ini, ada kumpulan koir dan penyanyi dari gereja yang turut memanfaatkan khidmat kami.

S: Apakah yang dipelajari dalam menggerakkan syarikat ini?

Daly: Bagi menjayakan sesuatu bisnes, kita harus mempunyai tahap disiplin yang tinggi serta khidmat pelanggan yang ramah-tamah demi memahami keperluan pelanggan.

Indra: Perlu ada keterbukaan fikiran dan memahami bahawa setiap pekerja harus diberi kebebasan dan ruang menyelami kreativiti masing-masing.

S: Apa antara perancangan masa depan?

Indra: Kami ingin dikenali sebagai pusat kreatif di bawah satu bumbung yang menawarkan segala khidmat canggih dalam bidang media dan seni.

Kami juga berharap dapat bekerjasama dengan agensi dan sekolah seni tempatan di Singapura bagi membina lebih banyak lagi idea kreatif dan gerakkan inisiatif buat pelajar seni.

Selepas redanya Covid-19 kelak, kami merancang membuka cawangan syarikat The Mad Collective Malaysia di seberang Tambak.

S: Apakah yang dipelajari daripada bakat yang ditemui, baik legenda dan muda?

Indra: Saya belajar daripada mereka bahawa kalau kita ada niat ikhlas dalam mengejar cita-cita dan nyala rasa kita, segala rintangan dan liku hidup menjadi lebih mudah ditempuhi.

Kalau ada kemahuan, pasti ada jalan meskipun arena seni Singapura ini kecil. Saya secara peribadi kagum dengan semangat Khairuddin dan Daly.

S: Apakah harapan anda dengan pembukaan studio ini?

Daly: Kami berharap bakat muda di Singapura tidak mudah berputus asa dalam mengejar impian mereka.

Indra: Kami juga ingin mencungkil lebih ramai bakat baru dengan idea segar bagi menyumbang kepada persada seni Singapura.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3