Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Usahawan teroka niaga di S'pura selepas 20 tahun menyerantau

* Sebelum ini ulang-alik antara Shanghai, AS, Canada, Indonesia, S'pura bagi uruskan niaga * Kini lancar jenama Lasouk bagi jual keperluan solat, rancang buka kafe di S'pura
Jan 31, 2021 | 05:30 AM



MEMANG sudah menjadi perkara biasa untuk ahli niaga Encik Heikal Gani berulang-alik antara Shanghai, Amerika Syarikat, Canada, Indonesia dan Singapura sebelum ini.



Setelah meninggalkan tanah air lebih 20 tahun lalu, Encik Heikal telah memulakan beberapa perniagaan yang berasas di negara berbeza.



Ini termasuk Indochino yang dimulakan di Vancouver, Canada, pada 2007 dan menawarkan sut yang ditempah khas dan Sugarmat yang dimulakan di Montreal pada 2018 yang menjual produk senaman yoga.



Malangnya, sekatan perjalanan yang dikuat kuasa sejak Covid-19 melanda dunia secara mendadak menghentikan rutin perjalanan Encik Heikal dan beliau terpaksa kekal di Singapura.



MANFAATKAN PELUANG



Meskipun demikian, ini tidak menjejas semangat keusahawanan ahli niaga berusia 39 tahun itu yang telah memastikan beliau terus 'sibuk' mengembangkan perniagaannya.



Malah, beliau telah mengambil kesempatan tempoh pemutus litar (CB) untuk melancarkan jenama Lasouk di Singapura yang menjual keperluan solat seperti sejadah, tasbih, dan telekung dengan sentuhan moden.



Encik Heikal juga berkongsi beliau kini dalam perancangan membuka kafe yang memaparkan unsur dan pengaruh dari Maghribi yang diberi nama La Fez di kawasan Siglap Mac tahun ini.



"Saya khuatir akan berasa bosan dan berhenti menikmati apa yang saya lakukan, untuk itu, saya akan cuba untuk menyuntik kesegaran dan mencuba bidang baru dalam tempoh beberapa tahun.



"Kini, saya akan meneroka bidang makanan dan minuman, ini sesuatu yang tak pernah saya lakukan sebelum ini, dan ia merupakan peluang untuk raih pengalaman serta ilmu baru," katanya.



PERNIAGAAN SEPERTI BIASA



Walaupun perniagaannya berasas di luar negara, Encik Heikal berkata situasi Covid tidak begitu menjejas operasi. "Memang saya perlu sesuaikan diri apabila tak dapat terbang ulang-alik selama hampir setahun kini, namun perniagaan saya dikendalikan melalui e-dagang secara digital.



"Saya juga sudah terbiasa bekerja dengan kakitangan di China dan Canada secara dalam talian, jadi apa yang dilakukan sekarang tidak begitu janggal," ujarnya.



Encik Heikal mempunyai sekitar 20 kakitangan di China dan lima di Montreal.



Namun, beliau akui ada tugasan yang dapat dilakukan dengan lebih baik jika pasukan berada dalam ruang yang sama.



Menurut Encik Heikal, pengalamannya memulakan serta mengendalikan perniagaan di luar negara, terutama sekali bagi pasaran yang lebih celik teknologi seperti Amerika Syarikat dan China, mendorong beliau berfikir dengan lebih inovatif untuk cuba mendekati pelanggan.



"Dalam bidang e-dagang, penting untuk sentiasa mengutamakan khidmat yang ingin ditawarkan, memahami kehendak pelanggan, trend produk, cara terbaik untuk pelanggan menerima produk (yang dibeli) serta berinteraksi dengan jenama," ujarnya.



Menurut beliau latar belakang pendidikannya di Universiti dalam bidang psikologi membantu beliau melihat dari sudut pandangan pelanggan.



Encik Heikal telah meninggalkan Singapura pada usia 20 tahun selepas menjalani Perkhidmatan Negara (NS) untuk melanjutkan pelajarannya di Victoria, Canada. Beliau menetap di Shanghai selepas itu selama 12 tahun.




"Saya khuatir akan berasa bosan dan berhenti menikmati apa yang saya lakukan, untuk itu, saya akan cuba untuk menyuntik kesegaran dan mencuba bidang baru dalam tempoh beberapa tahun.

Kini, saya akan meneroka bidang makanan dan minuman, ini sesuatu yang tak pernah saya lakukan sebelum ini, dan ia merupakan peluang untuk raih pengalaman serta ilmu baru."

- Encik Heikal Gani yang tidak dapat ulang-alik ke luar negara bagi urusan niaga ekoran Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >