Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

MASJID DARUL MAKMUR

Utamakan bantu penerima zakat Muis

Mar 18, 2022 | 05:30 AM



KEPERLUAN penerima zakat Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) kekal menjadi keutamaan Masjid Darul Makmur walaupun semasa masjid ini menjalani kerja peningkatan yang bakal bermula tidak lama lagi.



Ini kerana sebahagian besar penerima zakat tersebut terdiri daripada golongan memerlukan antaranya warga emas yang berpenyakit kronik, ibu tunggal dengan anak kecil atau keluarga yang menjaga anak istimewa.



"Walaupun kami sibuk melakukan kerja peningkatan masjid, kami harap dapat memberi khidmat yang sama atau lebih baik kepada penerima zakat kerana mereka benar-benar memerlukan bantuan," ujar Pegawai Pembangunan Sosial (SDO), Ustazah Nur Insyirah Ibrahim.



Bagi memastikan keperluan mereka terpelihara, SDO atau sukarelawan masjid yang dikenali sebagai 'befrienders' akan melawat rumah penerima zakat setiap suku tahun atau ketika penerima zakat memerlukan pertolongan. Menurut Ustazah Nur Insyirah, seseorang atau sebuah keluarga dianggap layak menerima bantuan zakat berdasarkan pendapatan per kapita (PCI) $400 atau lebih rendah.



Menjelaskan proses memohon bantuan zakat, Ustazah Nur Insyirah berkata pemohon dikehendaki membuat janji temu dengan pihak masjid, yang kemudian menilai keadaan sebelum memberi kelulusan atau sebaliknya.



Bantuan zakat yang dihulurkan kepada penerima zakat adalah dalam bentuk kewangan dan ada juga merupakan baucar makanan pada setiap bulan.



Tempoh bantuan zakat pula berdasarkan keadaan setiap pemohon yang bermula dari enam bulan hingga setahun, dengan penerima zakat kemudian dikehendaki memperbaharui permohonan setiap tahun.



Menurut Ustazah Nur Insyirah, biarpun segolongan besar penerima zakat terdiri daripada warga emas atau mereka yang berpenyakit kronik dan sukar bekerja, ada juga penerima zakat yang berusaha berdikari. Misalnya, dalam kalangan penerima zakat di Yishun dan Khatib kendalian Masjid Darul Makmur, terdapat ibu tunggal yang mempunyai empat anak kecil.



Ibu itu, bagaimanapun, bersemangat kental dan berusaha mencari penjaga buat anaknya dengan menghantar mereka ke pusat penjagaan kanak-kanak supaya beliau boleh bekerja dan menampung sebahagian perbelanjaan keperluannya sendiri.



Selain itu, Ustazah Nur Insyirah juga pernah mendapat panggilan daripada seorang pemohon yang menarik balik permohonan bantuan zakatnya kerana suaminya berupaya mendapat pekerjaan dan beliau menyarankan agar bantuan zakat diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan.



"Justeru, kisah ibu tunggal itu adalah satu inspirasi kerana beliau tidak bergantung sepenuhnya pada bantuan zakat tetapi tekad ingin berdikari, manakala kisah pemohon yang menarik balik permohonannya sedar bahawa bantuan zakat ini memang khusus buat golongan yang sangat memerlukan," kata Ustaz Nur Insyirah.



Selain itu, Masjid Darul Makmur menawarkan khidmat lain kepada penerima zakat seperti menawarkan klinik undang-undang secara percuma dan membantu mereka berhubung Pejabat Sosial Singapura (SSO).



Dalam pada itu, Ustazah Nur Insyirah berkata usaha membantu penerima zakat ini sama-sama dijayakan dengan sumbangan tenaga sukarelawan iaitu 'befriender' Masjid Darul Makmur. Masjid ini mempunyai sekitar 15 'befriender' yang segolongan besar terdiri berusia 40 tahun ke atas.



"Saya mengajak masyarakat, dalam kita hendak meraih pahala terutamanya dengan ketibaan Ramadan, kita ingat pada golongan yang memerlukan dan memberi bantuan. Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Sokonglah usaha dana peningkatan Masjid Darul Makmur agar kami dapat meneruskan usaha dan memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat, khususnya golongan yang menerima bantuan," katanya lagi.




CARA MENDERMA



Sumbangan derma untuk Dana Peningkatan Masjid Darul Makmur boleh dilakukan dengan:



  • Hadir ke pejabat Masjid Darul Makmur, 950 Yishun Avenue 2, Singapura 769099 (pada waktu pejabat)

  • PayNow ke UEN: S87MQ0033J (Ref: Wakaf)

  • Pemindahan wang ke dalam akaun semasa OCBC: 581-652138001

  • Melalui cek atas nama 'MASJID DARUL MAKMUR'

  • Poskan ke alamat 950 Yishun Avenue 2, Singapura 769099

  • Melalui laman: https:// campaigns. darulmakmur.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >