HANOI: Vietnam mengesan varian baru Covid-19 yang merebak dengan pantas di udara serta dipercayai kombinasi strain India dan Britain, lapor media tempatan.
Negara berkenaan kini berdepan jangkitan baru hampir di seluruh negara, termasuk di kawasan industri dan bandar besar seperti Hanoi dan Bandar Ho Chi Minh.