Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID MALABAR

Wajah baru 'Masjid Kubah Emas' kini dibina

Mar 27, 2021 | 05:30 AM



MASJID Malabar atau Masjid Jama-ath Muslim Malabar turut dikenali sebagai Masjid Kubah Emas.



Pembinaan masjid ini mendapat inspirasi daripada Masjid Sultan yang mengutamakan gaya yang berunsur tradisional.



Namun begitu, usia masjid yang sudah menua telah memberi kesan terhadap bangunan masjid yang sudah lama dibina.



Justeru itu, Masjid Malabar komited dalam menjaga pembangunan masjid agar ia dapat terus beroperasi dan berkhidmat untuk masyarakat Islam Singapura.



Ketika dihubungi, Pengerusi Masjid Malabar, Encik Osman Abdullah, menjelaskan:



"Sehingga hari ini, Masjid Malabar masih meneruskan misi untuk mengumpulkan dana masjid yang belum mencukupi bagi menampung kos membaik pulih bangunan dan infrastruktur masjid.



"Kutipan dana ini sangat penting agar masjid dapat menyediakan kemudahan, keselesaan dan keselamatan yang menjadi agenda utama dalam memenuhi keperluan semasa buat para jemaah."



Encik Osman berkata, pengubahsuaian ini melibatkan perancangan untuk menjalankan kerja-kerja piling bagi bangunan tambahan dan kerja-kerja naik taraf di bangunan yang lama.



Apabila kerja-kerja naik taraf sudah selesai, masjid dijangka dibuka semula dalam fasa kedua pada tahun depan.



"Semoga semua projek yang sedang berlangsung ini akan selesai dalam tempoh dan jadual yang telah dirancang.



"Dengan sumbangan ikhlas masyarakat Islam, maka masjid dapat melaksanakan projek peningkatan dengan segera. Jika tiada sebarang halangan, Insya-Allah, masjid dapat dibuka semula dalam jangka waktu yang telah dianggarkan."



Sementara itu, masjid sedang bersedia dengan program bulanan, termasuklah program Nisfu Syaaban yang dianjurkan dalam talian sahaja.



Walaupun masjid ditutup, pihak masjid berada dalam proses untuk menyiapkan skrip atau teks ceramah bagi menyediakan program keagamaan yang berterusan kepada masyarakat.



"Dengan penuh harapan, sekali lagi saya memohon agar masyarakat Islam terus menghulurkan bantuan mengumpul dana yang masih kekurangan.



"Setiap sumbangan anda, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga Allah swt mengurniakan ganjaran yang besar dan dipermudahkan segala urusan para penderma yang sudi membantu melestarikan pembinaan rumah Allah," kata Encik Osman.




CARA MENYUMBANG



- Jika anda ingin membuat sumbangan secara wang tunai, sila hubungi Imam Shafeeque atau Imam Ismail di talian 6294-3862.



- Sumbangan juga boleh diberikan melalui pos melalui cek, pesanan pos atau draf bank yang beralamatkan Masjid Malabar, 471 Victoria Street, Singapura (198370).



- Perkhidmatan PayNow juga disediakan menerusi nombor berikut iaitu UEN S29MQ0053L



- Imbas kod SGQR Masjid Malabar yang tertera.



- Selain itu, para penderma boleh melaksanakan pemindahan wang ke akaun Masjid Malabar, melalui nombor akaun 581-227204-001 (OCBC).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >