SEJAK tertubuhnya institusi madrasah di negara ini lebih 100 tahun lalu, wakaf merupakan antara instrumen utama yang dimanfaatkan para pengasasnya.
Dermawan masyarakat terdahulu, seperti Syed Mohamed bin Ahmed Alsagoff dan Syed Abdul Rahman Aljunied masing-masing telah memanfaatkan wakaf bagi menubuhkan Madrasah Alsagoff Al-Arabiah dan Madrasah Aljunied Al-Islamiah.